Jumaat, 5 Mac 2010

Bila Mufti Ulas Politik

Assalamualaikum.. Salam Maulidur Rasul..

Alahai herannya teman bile terbace tulisan yang tersior di akhbar melayu hari ni.
Seorang Mufti bercakap kononnya mendedahkan keangkuhan PAS kerana menolak kerjasama untuk membentuk Kera jaan Perpaduan dengan UMNO di negeri teman selepas pilihanraya umum yang lepas.

Kenapa Tok? Masa hangpa kalah sibuk-sibuk nak ajak orang muafakat, bersatu? Dulu masa keme berkuasa, bukan main dilanyaknya wakil-wakil teman kat dewan negeri? Tu tak angkuh ke tu? Kenapa laa ni keme kalah keme kata kawan pulak yang angkuh? Bio bebeno Tok.

Tok Peti tak kata apa pun masa tu. Uk tak, ek pun tak. Bila PAS berpakat dengan PKR dan DAP, Tok Peti siap petik Quran kata "Sayang kat kapir, maka kita adalah kapir..."

Sapa pulak sayang kapir? Bab kerjasama lain, bab sayang lain. Tok Peti tak kata apa pun masa Tok Tajul jadi Embi dulu sayang dengan MCA dan MIC? Kot tok Peti kata yang la ni sebab Tok sayang kat UMNO kot? Kalau pakai kaedah macam yang Tok sebut tadi.. dia jadi "Sayang UMNO, maka UMNOlah dia..." Boleh pakai kot kaedah tu Tok??

Janganlah Tok, hogeh sangat nak bela parti keris karat tu.. Apa yang depa dah buat untuk orang Islam dan Melayu di Perak selama 50 tahun ni? Kolej Idrishah tu pun tak terjaga dek deme. Maahad Ehya sampai nyaris tak terlungkup pasai takdak bantuan kerajaan UMNO masa tu..

Siap libatkan Sultan pulak. Katanya Sultan pun berkenan (suka) kalau PAS join UMNO buat kerajaan Perak? Kalau diselaraskan dengan pandangan puak-puak UMNO (Teman pun pinjam idea UMNO sat) ini dah dikira menghina institusi beraja bila dikatakan raja memihak. Mana ada Sultan sokong mana-mana pihak. Tok Peti jangan nak kuatkan hujah dengan libat-libat nama Sultan pulak. Tak baiklah macam ni bro..

Kang ada pulak yang report polis kata Tok Peti libatkan Sultan dalam pertikaian politik. Lu pikirlah sendiri bro. (ambik tagline Nabil pulak).. Janganlah pulak nak tambah-tambah. Patutnya kita gambarkan baginda Sultan menangani isu di Perak ni dengan hikmah untuk maslahat umum negeri Perak jugak. Bukan sebab berkenan dengan mana-mana pihak. Yang tu yang susah sangat nak jelas kat orang Perak sekarang ni. Janganlah nak heret nama Sultan sekali. Tak molek la macam tu.. Biaq semua orang reti, ada sebabnya tindakan yang diambil Sultan sekarang, supaya semua orang berlapang dada, terima seadanya. Jangan salahkan Sultan.

Orang semua dah senyap-senyap tak libatkan institusi raja, kenapa Tok Peti perangat balik?

Kenapa Tok nampak kecewa sangat bila PAS tak nak join UMNO masa tu? Awat? kesian kat Tok Tajul kena keluaq opis ka? Tok risau apa? Bukan Tok yang kena keluaq opis? Kawan tak usik pun keje Tok. Apa yang nak ghaplah sangat?

Last sekali, sorrylah kalau Tok marah teman cakap lagu ni. Teman bukan apa, sayang lagi kat Tok.. Antara Tok Peti kat Tanah Melayu ni, yang tinggal, yang paham mengaji cara lama, bukak kitab kuning, tinggal Tok ajela.. Tak seronok jugak bila ramai mula kata macam-macam kat Tok. Teman kenai Tok jadi Tok Peti dari zaman kecik-kecik lagi.. Teringat dulu tengok Tok Wan teman, sampai fotostat kitab bagi besor tulisannya supaya mudah baca sebab nak tolong cari dalil untuk Tok Peti suatu masa dulu..

Wassalam..

Khamis, 21 Januari 2010

Jawab Balas Kepada Catatan PAS Lenggong

Hari ni lebai baru baca emel dari adik lebai, isunya tentang tulisan Harakah berkenaan Almarhum datuk lebai. Isu ini turut diulas dalam laman blog Pas Lenggong yang nampaknya tanpa soal selidik, terus mengeluarkan pendapat yang naif berkenaan perkara pokok. Maka suka disini Lebai petik tulisan Pas Lenggong dan penjelasan Lebai di bawah. diharap pihak-pihak yang kurang faham berkenaan isu ini, bertanyalah dahulu, berbincanglah secara berhemah, secara baik sangka. Kenapa terus menyeringai umpama singa dicuit ekor? Tertarik lebai baca tagline PAS Lenggong, "Menerang Bukan Menyerang". Itulah yang sepatutnya diamalkan tetapi kenapa penulisan (blog berkenaan) dalam blognya tidak mengambil pendekatan ini?

Petikan blog PAS Lenggong

Ustaz Mat Saman Kati

Membaca jawapan dari sahabat yang menulis mengenai tokoh ini bila memberi penjelasan terhadap tulisan cucunya. Diakui kebenarannya bila isu ini dibincangkan bersama seorang sahabat. Perlu diketahui bahawa Tuan Guru ini amat dikenali dengan Tasaufnya. kerana itu barangkali cucunya terdidik atas ketasauffanya yang memanggilnya untuk menuliskanya sehingga sahabat kita dalam harakah.

Seorang sahabat memberitahu kemunculan atau mula muncul Tuan Guru ini berlaku dalam satu majlis di lenggong. Selepas pembacaan berzanji beliau dijemput untuk berbicara, dalam bicara sulungnya itu orang ramai dah dapat melihat kehebatan keilmuannya. lantas bermula dari itu jemputan demi jemputan keatasnya sehinggalah beliau menjadi begitu tersohor. Sikap itu terdidik dari pegangan tasaufnya. Barangkali pelajaran itu diamalkan oleh anak dan kini cucunya itu yang barangkali tidak sempat mempelajari dari datoknya secara direct. Kata raihan dalam nasyid iman itu tidak diwarisi barangkali ilmu juga tidak diwarisi. Cucu almarhum barangkali mempelajari salasialah keguruan datoknya itu. Cuma yang memuskilkan pembaca lain ialah kerana wadah yang di dokonginya iaitu akhbar sinar harian adalah media yang mempunyai agenda yeng tersembunyi terutama kepada parti politik yang menjadi pembangkan kepada kerajaan persekutuan. Banyak laporan dari akhbar ini menyebabkan ahli dan penyokong PR resah. Yang terbaru ialah melaporkan fitnah terhadap YB ADUN Lubuk Merbau dengan isu Chen Peng sehingga Bekas Perajurit Menghantar memo kepada YB tersebut..

Posted by PAS LENGGONG at 11:51


Jawapan Lebai yang beri dalam ruangan comment:

Assalamualikum, mohon penulis ambil maklum dan baca kembali surat yang dikirim oleh adik saya (cucu almarhum) kepada Sinar Harian. Kami tidak menyangkal bahawa datuk kami antara pejuang dan penyokong wadah PAS sehingga saat pemergiannya. Hinggakan dia tanpa gentar ketika berceramah di Jabatan2 Kerajaan secara langsung mengajak orang ramai menyokong PAS bagi menegakkan Islam di Malaysia. Seingat saya beliau pernah menyatakan pentingnya umat Islam menyokong PAS dalam satu ceramah keagamaan di UTM dalam tahun 1980 an di hadapan pentadbiran dan pengurusan UTM itu sendiri, ketika itu ayah saya bertugas di sana, malahan ayah saya ditegur melalui surat pentadbiran kerana ceramah berkenaan membawa isu politik dalam majlis rasmi kerajaan.

Apa yang minta dibetulkan adalah isu keturunan (yang bukannya isu besar pun) dan secara rendah diri kami nyatakan bahawa datuk kami bukanlah pengasas PAS di Perak kerana kami tak mahu menenggelamkan jasa orang lain yang berusaha keras menubuhkan PAS lama sebelum Almarhum bergiat aktif dalam PAS.

Cumanya perkara ini telah dibangkitkan ke pihak pengarang Harakah terlebih dahulu namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Harakah. Akibatnya adik saya bertindak memanjangkan surat asal (ke Harakah) kepada pihak Sinar Harian agar ada pihak dapat menegur sidang pengarang Harakah dan ianya akan lebih menarik perhatian mereka berbanding panggilan telefon bertalu2 yang diabaikan dari 'orang kampung' seperti kami. Cuma bila diterbitkan oleh Sinar Harian, isu yang diperbesarkan jadinya "Cucu Nafi Datuk Pengasas PAS". Walaupun isi nak dibangkitkan lain tapi telah digunakan sepenuhnya untuk diputar oleh SH bagi meremehkan Harakah (Saya akui ini adalah satu kesilapan bilamana kita mengadu hal kelemahan Harakah kepada orang lain, namun apakan daya, Harakah tak layan keluhan kami).

Yang menyedihkan apabila Harakah mengeluarkan artikel balas yang seterusnya menghentam Almarhum datuk. Nampak sangat penulis tidak mengkaji sebenarnya latar belakang almarhum dan hanya sekadar mendengar kata orang lain. dikatakan almarhum datuk tidak konsisten, sekejap UMNO sekejap PAS.

Untuk makluman, almarhum datuk telah terlibat dalam UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan kerana pada masa itu PAS belum ada. Tiada wadah lain yang dilihat lebih sesuai pada ketika itu. Bahkan almarhum telah bertanya secara peribadi pada Almarhum Dr Burhanuddin yang ditahan ISA oleh British ketika itu dan beliau membenarkan (untuk bersama UMNO).

Ketika PAS ditubuhkan, almarhum datuk terus menyertai PAS dan pernah menjadi calon PAS di Kerian, Perak. Almarhum dituduh kembali pada UMNO apabila beliau dilantik menjadi ahli majlis Fatwa Negeri Perak, selalu dirujuk oleh Kerajaan Negeri (selaku penasihat agama Sultan ketika itu) dan sering keluar dalam program agama di RTM. Walhal beliau masih menyokong PAS cuma tidak seaktif sebelumnya disebabkan penumpuan lebih sebagai pendakwah. Bagi mengelakkan PAS di Perak berpecah-pecah atas sebab tuduh-menuduh ini, maka beliau mengambil sikap berdiam diri dan menumpukan kepada berdakwah sepenuhnya. Hasilnya beliau senang diterima oleh orang ramai kerana tidak kelihatan berpolitik samada oleh orang UMNO atau PAS. Ini sekaligus memudahkan usaha dakwah beliau tambahan pula ketika itu isu 'kafir-mengkafir' sangat hangat di persada politik negara.

Namun sekali lagi saya tegaskan, beliau sangat2 menyokong PAS hingga ke akhir hayatnya. Bahkan ramai antara muridnya yang aktif dalam PAS dan salah satunya yang sangat dikenali di Perak adalah Almarhum Tuan Guru Hj. Sabran Asmawi, mantan Pesuruhjaya PAS Perak, ADUN Semanggol tahun 1999 - 2004.

Sekian serba sedikit huraian saya agar penyokong-penyokong PAS atau pengikut2 Almarhum tidak terus tertanya-tanya dan berbalah-balah atas isu ini.

Wallahualam...


Rabu, 6 Januari 2010

Maulid Isa a.s

1 Januari 2010, genap ulangtahun maulid nabi Isa a.s yang ke 2010, 569 tahun sebelum peristiwa Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah..

Macam-macam peristiwa telah kita lalui tahun lepas. Pada kenangan dan pengajaran tahun lalu, Lebai ucapkan terima kasih, selamat tinggal, dan kepada tahun ini, 1431H dan 2010M, haaa.. jaga.. Lebai nak lalu.. kang kalau telanggaq mana yang dok melintang tengah jalan tu.. pandai-pandai la cari ubat ye.. sapa suroh dok tang tu.. Lebai kalau dah lalu.. bidas semacam je..

Ye le sekarang ni dah pakai SYM, VTS 200, Elegant dulu dah tolak kedai.. hancuss.. tak tahan dengan pembesitan yang berterusan.. penat dia ulang-alik Jelebu agaknya..

Takpe Lebai tukor yang besar sikit.. Menderum-deram Lebai besit dari Shah Alam - KL - Shah Alam hari-hari.. Sedap oii keme pakei skuter ni.. Rileks je bawak.. Pick up best.. mencilok takde hal punya.. amik lap corner pun handal...

Apa kelas pakai moto besi karat.. dah le moto lame, asyik meragam, besi berat lak tu.. baham minyak.. mencemar alam sekitar.. hehehehe

Cuti sekolah dah habis, anak lebai pun dah masuk darjah 2, (yang sulong), anak kedua dah masuk pra sekolah.. huih.. penat juga mengeluorkan duit baju, kasut, buku, yuran.. terkehel urat jari nak menekan button ATM tatkala 'menjolok' duit..

Tu belum diukur bacaan pressure darah lebai lagi.. haduiii..

Masa cuti sekolah lepas, dua anak lebai tu dah selamat dikhatankan. Thanks to MA Razif dengan kawan sindiketnya.. Nanti lebai cerita siap gambor, tah mana letak pulak kamera hari tu. Tak dapat nak upload.. Last sekali.. lebai suka le mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.. dan moga maju jaya la hendaknye.. Buat Zamy MDJ, thanks sebab selalu maklumkan perkembangan dart kat sana.. Insya Allah mana yang boleh, lebai join. Tahniah gak buat brader John yang bertunang dengan pilihan hatinya.

Wassalam..

Khamis, 20 Ogos 2009

Ramadhan ini kita berpesta..

Marhaban ya Ramadhan..

Ramadhan tiba lagi.. Sama-samalah kita memeriahkan bulan penuh keberkatan ini.
Berpestalah kita sepanjang malamnya dengan Iftar, Tarawih, Tadarus, Tahjjud, Sahur dan pelbagai pilihan acara yang gilang-gemilang..

Setahun, hanya sekali... kita meraikan bulan yang mulia ini... (ubah sikit dari lagu raya..)

Di siang harinya kita berpuasa.. menahan lapar, dahaga, mata, telinga, mulut dan nafsu..

Lapar? Dahaga? mudah aje..takkan susah nak tahan? Ramai orang susah kat Malaysia ni yang makan cuma sekali je sehari.. Kita dah banyak sangat makan.. Gemuk belotok dah memasing. Masa ni la nak diet-miet badan tu. Kasik trim ramping sikit. Barula sihat.

Lebai dulu masa student kat U, kadangkala makan dua hari sekali, tu pun baham meggi aje. Air tu paham-pahamla.. air paip besi aje.. Masa student boleh lalui segala bentuk kepayahan dan 'kebuluran' yang melanda, takkan dah tua-tua ni tak boleh? Malam karang, baham le apa yang nak. Tapi jangan banyak sangat, karang tak larat nak tarawih pulak. Lepas tarawih, baham more pulak.. Haish.. mana nak turun berat? Malam karang baham sahur pulak?

Sahur.. jangan tak sahur.. dapat pahala tu.. Sahurlah walau dengan air sejuk saje. Dan lewat2kan sahur tu, bior di hujung waktu. Tujuannya, lepas sahur boleh terus ke surau, masjid, jemaah subuh.. jangan sambung tidor.. Tu yang jadi sembab, ngantuk, maleh kat opis.. Bangun-tidor-bangun-tidor.. sembab le jadinye..

Teringat pulok lebai kat si Razif di Jelebu nun. Bersahur ape pulok dia tahun ni ye.. Pandai-pandailah masak sendiri ye, lebai dah pindah dah. Senang kat sini, bini lebai le pulok yang masak. Lebai tukang makan aje le..

Pada kawan-kawan kat MDJ tu, walaupun posa, takkan jatuh prestasi keje punya. Lebai tahu, keme memang rajin, baguih dok ada.

Pada member2 semua, Lebai nak peringat...
Posa, jangan idok..
Berdosa jika tinggai jugok,

Rugi dunia akhirat..
Kelak kita tak dapat Syafaat,
Haa.. kot akhirat sok meghempat..

Jangan pulak alasan H1N1 ni keme maleh bertarawih.. Tak kenenye kalau kita gi semayang..

Ye la.. nak gi semayang mesti bersih-bersih, basuh muka, basuh tangan, kepala, kaki bagai.. Kementerian kesihatan suroh basuh tangan aje.. Kalau semayang basuh habis.. semua anggota utam. Jadi time-time H1N1 ni la kena banyakkan semayang. Ye tak?

Satu lagi, lebai ade jumpa, ade ayat yang disebarkan melalui emel tentang doa menghindar H1N1 ni. Ayatnya lebih kurang mengagungkan Saiyidina Ali dan ahli keluarganya. Diharap teman-teman semua jangan amalkan ayat ni, sebab ianya dipengaruhi amalan dan fahaman Syiah. Kalau nak tau pasal Syiah tanyala kat ustaz. Lebai tak larat nak taip dah..

Akhir sekali, sambutlah Salam Ramadhan dari Lebai. Moga kita semua beroleh rahmat dan berkat. Wallahualam...

Khamis, 30 Julai 2009

Lama Benor

Aish.. lame benor dah teman tinggalkan blog ni..
Dah naik berkulat dah ghopenye..

Takpe.. nanti-nanti lebai update ye..
Takde cerite lagi ni..

Baru la ni lebai dapat bukak..
Tengah sebok sesangat ni..

Insya Allah.. akan lebai usahakan..

I'll be back....

Selasa, 1 Julai 2008

JOHAN!!!!!


Yeah..... Seronot... Sabtu dan Ahad lepas, lebai tak balik Shah Alam.. Kesian anak-anak lebai.

Lebai join Kejohanan Dart MAKSAK, Negeri Sembilan, and guest what.. team lebai menang... Johan Negeri Sembilan...

Memang lotih... dari pagi hari Sabtu tu (28/6), pukul 7 pagi lagi dah bertolak ke Seremban, pukul 9.00 dah start, abih pukul 9 malam. Hari pertama, pertandingan individu, 84 orang ke lebih, bertanding secara liga dalam 8 kumpulan. 4 orang dari setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati. Lebai cuma sampai ke peringkat pusingan ketiga sahaja. Selangkah lagi nak masuk suku akhir.

Tapi takpa... hari kedua.. Ahad (29/6), acara berpasukan, team lebai berjaya menjadi JUARA!!!!.. huhuhu... siap telefon SINAR... esok masuk le tu.. masuk paper...... Alhamdulillah...

Jumaat, 27 Jun 2008

PTK lagi?

Ya.. PTK datang lagi... Apa le lembab sangat. Dah berapa kali amik tak lulus lagi.. Kali ni lebai study abis.. (sehari je) tu esok nak PTK, hari ni baru nak review nota.. 24 malam tu, lebai balik Shah Alam, 25 (esok) exam kat KL. Amik subjek umum je dulu.. Khusus dah lulus tahap 3, kira okey le tu.. Janji lulus. Sampai rumah.. anak2 terkejut.. cepat Abah balik.. baru selasa.. Aik takkan tak boleh balik.. Kot mana pun Bilal yang paling best.. mesti ada benda nak cerita tiap kali abah balik..

"Qamar jatuh Abah.., berdarah mulut dia..." . "Ye ke.. macamana jatuh?.." " Dia panjat... lepas tu jatuh... " "Haa.. power ranger..."(sampuk along...) Istighfar panjang lebai bila tengok mulut anak perempuan sorang ni.. "Kamu tu pompuan, sayang oi.. jangan le ikut macam abang-abang kamu..."
Mujur tak terbelah bibir tu.. pecah-pecah le sikit...

Lepas solat.. amik nota.. study... kunci pintu bilik solat... anak-anak pulak sibuk kacau. Qamar datang siap bawak tudung umi dia, nak solat.. Dia yang paling rajin nak ikut abah, umi solat...

Kumat-kamit mulut.. berbunyi sus, sis, sush..

PTK 25hb. 26 tu, pagi-pagi lagi lebai bertolak semula ke Jelebu.. ada meeting hari ni.. Sabtu dan Ahad ni tak dapat balik pulak.. ada game MAKSAK kat Seremban.. "Abah pegi dulu ye anak-anak. Jumpa minggu depan ye..." Lebai kucup dahi anak-anak satu persatu.. Semuanya masih lena.. Kesian.. bangun nanti tengok abah dah pegi.. Umi jaga diri ye.. jaga anak-anak kita baik-baik.. Abah harap pada Umi aje la.. Abah jauh.. pegi dulu.. Assalamualaikum...