Bukan main tabur duit sana-sini macam yang sesetengah orang sangka. Bagi subsidi banyak2 sampai bankrap kata orang tu. Bukan macam tu. Berkebajikan maknanya jaga, ambil tahu, kaji kesan setiap program yang kerajaan nak buat, mestilah memberi manfaat dan kebajikan kepada rakyat.
Turunkan harga minyak, maka kos barangan turun. Kos barang turun, nak buat bangunan (sekolah misalnya) pun tak perlu keluar kos tinggi macam harga bahan mentah, bata, simen, upah pekerja, bahan elektrik dan sebagainya. Rakyat mampu beli barang keperluan dan hidup selesa. Bila hidup selesa, buat apa nak berutang banyak2, buat apa nak kejar duit lebih (sampai guna jalan salah spt; rasuah/ curi/ rompak/ judi) kalau yang ada mencukupi. Jenayah kurang, (atau takde terus sebab penjenayah takut kena hukum hudud) maka rakyat hidup tenteram, tak risau nak pasang cctv depan rumah (dah jimat). Pelabur atau pemaju pun suka berurusan di Malaysia sebab tak perlu bayar komisen (macam beli kapal selam) kepada pihak tertentu, maka harga barang pun tak perlu 'mark up' (seperti selalunya yang terjadi dlm pembelian kerajaan; semua orang tahu). Senang aje sifirnya, takkan tu pun tak paham??
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.
Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian).2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan.
3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin.
6. Melaksanakan akta gaji minima.
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari. (dipetik dari Harakahdaily)
Faham tak?? Tak faham tanya, jangan sibuk dok mengata. Banyakkan membaca, baru luas pandangan jangan hanya faham apa yang dihidangkan media kawalan BN aje. Ambil tahu, hitung munasabah, buat perbandingan; baru buat keputusan. Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan