Terbaru hari ni.. 29 Februari 2008, Utusan Malaysia melaporkan hutang pekebun kecil RISDA akan dilupuskan bernilai sekitar RM141 juta sekiranya dipersetujui oleh kerajaan. Ayat tu jelas sangat nak tunjuk kepada umum, "undilah kerajaan sekarang kalau nanti dia menang, dia akan luluskan permohonan ni". Ingat lebai tak boleh faham benda simple macam ni..Kepada semua pembaca, penyokong dan pengundi.. Lebai jamin, melupuskan hutang ni memang senang nak buat kalau kita memang nak buat.
Ambik fahamlah.. ni gimmick aje.. Kenapa tak usul lupus sejak mula lagi? Dah kata ekonomi negara maju, lupuslah cepat2.
Lebai berani jamin, kalau Barisan Alternatif memerintah, mesti terus lupus aje hutang pekebun kecil ni, tak payah kaji-kaji.. Bukan itu saja, harga minyak pun diturunkan sebanyak 30sen (mungkin boleh lebih kalau benar ekonomi kita kukuh), hutang PTPTN pun dilupuskan.. Amacam.. ada berani..
BERANI BERUBAH... TIME FOR CHANGE kate orang putih... haaa.. speaking teman..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan