Jumaat, 30 November 2007

Demam


Demam...

Semalam demam.. hari ni belum kebah lagi.. Entah macamana la Umi (mak lebai) sekarang ni.. Isnin hari tu Yong tipon. Umi kena hantar spital katanya. Darah naik tinggi, lebih 200. Astaghfirullah.. Ya Allah.. sejahterakanlah bondaku...


"Macamana boleh jadi macam tu?". 'Hari tu tangan Umi terbakaq kena api dapoq.. gamak pasai sakit dah tu letih sama tu yang jadi macam tu kot..' "Apa!!! terbakaq.. awat hangpa tak habor awai-awai...? Len kali jangan sorok-sorok la.. bagitau awai.. jangan buat terkejut lagu ni..

Sebab terkejut la.. Lebai jadi tak tentu hala.. Dah la dok jauh kat negeri orang.. Anak2 pun tengah musim demam. Depa pun jauh kat negeri lain.. Lebai kat Nine State, anak-bini kat Middle State, Abah-Umi kat North State.. amboih.. jenuh nak jumpa.. yang selalu lebai jumpa.. Keling Estate...hu...

Apapun.. tak banyak isu nak masukkan hari ni.. Tak dan.. kerja belambak lagi.. So enjoy la video klip yang tercongok kat ataih tu.. Wassalam..

Isnin, 26 November 2007

Birthday Munshi

Kembali ke pejabat.. Baru sampai pagi tadi..

Semalam layan anak-anak. Melukis... atau conteng-conteng.. ade water colour lebih.. Along sibuk nak melukis, tapi tempat bancuh dengan berus takde..

So umi dia ambik kaler tu, sapu kat tapak tangan Qamar, anak yang paling kecil, cop kat kertas. Along dengan Bilal pun nak join sama. Dah cop tu, lebai pun tulis le nama, tarikh cop dan tarikh lahir masing-masing.

Bila tulis tarikh lahir along, baru terperasan yang birthday dia esok, 27 November, tapi sebab lebai takde kat rumah masa tu, kerja jauh kat negeri orang. Maka sambut awal sikit la. Kalau ikut bulan Hijrah, memang dah cukup lima tahun pun, 21 Ramadhan tarikh lahir along.

Petang tu, pegi la beli kek dengan along. Seronok bukan main dia. Bilal yang demam tu pun nak ikut jugak..

Pagi tadi masa lebai keluar rumah nak pegi kerja, Qamar dah bangun dah. Lebai lambai tangan babai kat dia, dia hulur tangan mintak angkat. Alahai kesiannye..

Abah nak pegi kerja sayang.. jumpa lagi petang hari Jumaat nanti abah balik.. Lebai kucup dahi dia, kucup anak-anak.. kucup umi dia sekali la.. babai.. abah pegi dulu...

Jumaat, 23 November 2007

Lobai Ko PWTC

Letih.. Baru balik ke Negori malam tadi.. Hujan lebat lak tu.. Kuyup den.

Pagi tadi ado meeting lak tu... Poning... macam-macam ado..

Ni nak kisahkan perjalanan Lebai pegi sambutan HPBS kat PWTC kelmarin. Lebai naik motor dari negori balik ke rumah kek Selangor. Singgah kat hentian rehat Dengkil. Baru siap renovate.. Canggih.. Lampunya.. masyaAllah.. berlambaknye... tau la PLUS mampu bayar bil elektrik.. Tapi tak elok membazir... Lagipun untuk menghasilkan elektrik tu, bahan bakarnya dari gas. Lagi banyak elektrik digunakan, walaupun TNB lagi untung, namun lebih banyak pencemaran dilakukan. Minta semua pihak sedar, jimatkan penggunaan elektrik. Gunakan alat elektrik yang menjimatkan penggunaan tenaga. Barulah alam sekitar terjaga. Biar semua bangunan kerajaan dan GLC wajib mengamalkan penjimatan elektrik.

Sampai rumah dah pukul 9.00 malam. Kuyup lagi, hujan sepanjang jalan.

Hari Pertama
Pagi esoknya, awal lagi lebai dah keluar. Bersemangat nak ke sambutan hari perancang. Bukan nak dengar sangat kertas kerja, tapi semangat nak jumpa member-member lama dan bertukar pengalaman sejak masing-masing dibuang daerah dari menghuni rumah asal di KL. Macam-macam cerita menarik yang keluar. Ada yang kena halau balik, ada yang masih menumpang dalam bilik mesyuarat aje.. Macam lebai, kira Alhamdulillah le daerah tempat Lebai kena buang ni sanggup terima. Kalau tidak tah ke mana le Lebai nak merempat..

Daftar diri, dapat beg dengan payung. Alamak.. macamana nak bawak balik payung, Lebai naik motor.. tumpang simpan dalam keta joe dulu.. Nampaknya esok kena naik komuter la.. nak bawak payung...
Tengahari tu, jumpa urusetia, kena daftar ahli persatuan, tak daftar tak patut.. dah lama kerja, tapi tak jadi member lagi. Terbang le RM 40, bayar yuran..

Masa tea break.. masa ni le jumpa member-member. Kalau bab makan.. laju je diorang.. Yang atas ni, Jawa dengan Adik.. pun masing-masing kena tukar ke daerah-daerah gak. Laki bini habis kena tukar, mujur satu negeri, boleh carik rumah kat tengah-tengah perjalanan. Kak aida pulak.. entah.. tercampak ke mana ye???

Antara kertas kerja yang paling menarik pada aku la.. sebab tak terlena.. Kertas oleh Derek Fernandez. Dia ni loyar... banyak kes pembangunan yang penduduk saman PBT di Lembah Kelang, dia terlibat sama. Antaranya kes Highland Tower.. kira berkesan le presentation dia...


Hari Kedua
Terpaksalah naik komuter hari ni. Nak ambik payung dengan beg semalam.. Bini aku hantar ke stesen komuter. Jarang-jarang naik public transport, terkebil-kebil aku nak beli tiket.

Naik komuter, dah penuh.. berdiri la aku sepanjang perjalanan.. Bersesak orang dalam komuter. Patutnya ditambah lagi kekerapan komuter ni. Sebab sikit sangat tu yang ramai naik kereta ke KL. Tu yang jem sangat tu. Lain le hari sabtu 10 nov. hari tu. Polis yang buat jadi jem..

Letih berdiri ooo, gayat.. dah la masa menunggu pun berdiri lama, tempat menunggu tak cukup. Sempit lak tu. Tercatok kat tengah-tengah landasan. Orang berasak-asak punya la ramai.. Buatnye terjatuh kat landasan... Nauzubillah...

Jenuh bersesak dalam komuter, aku yang jarang pakai bedak pun habis wangi jadinya.. melekat perfume orang.. Ada satu tu aku ingat pompuan.. rambut panjang, apasal tak segan terhimpit kena aku, aku pulak yang mengelak.. sekali dia pusing... alamak jantan daa.. bermisai lebat... pakai minyak wangi??

Singah kat HQ, pekena teh Samy dengan nasi kerabu.. Joe dengan Adi dah siap ada kat situ.. Dah lama tak makan kat situ.. sembang-sembang dengan bebudak HQ, Ujang, Godong, Zack... Banyak perubahan dah berlaku dalam masa 6 bulan ni. Si Jerantut pun dah naik pangkat.. Jadik pegawai sekarang..

Sampai kat PWTC, aku terus pi tengok pameran.. semalam tak sempat tengok semua.. Rupanya orang lain ke KLCC, majlis perasmian dengan menteri kat sana daa.. Aku naik komuter, mana nak pi sana...

Tengok le pameran, meriah jugak.. NCER (Koridor Utara) pun ada, tapi presentation hampeh.. nak bangunkan biotek, tapi yang ditonjolkan, balik-balik herba, buah naga, kambing.. macam tu kat Negori pun belambak.. Kat utara tu patut bangunkan produk-produk asas tani dan makanan. Banyak hasil pertanian Melayu dan barang makanan tempatan yang tak dapat dipasarkan dengan baik. Buatla bentuk macam Giant ka Tesco ka, khusus untuk produk-produk diorang ni. Ni balik-balik pasar tani, pekan sehari.. Pertubuhan Peladang asyik berbalah sama sendiri.. FAMA pun lembab... Reti ke tak.. Kalau tak tahu, baik aku yang jadi menteri...

Bila tengok pameran JPBD untuk perancangan selama 50 tahun merdeka, okey la jugak.. antara yang menarik ialah teknologi maklumat yang digunakan sebaik mungkin untuk data gunatanah negara. Tapi yang lain-lainnya tak ditonjolkan sangat.. Kurang berkesan....


Hari ni presentator boring.. Aku cabut awal.. petang ni jugak kena bertolak ke Negori. Esok ada meeting lagi.. Nak siapkan kertas kerja pulak.. Kalau balik pagi esok, takut tak sempat.. musim hujan pulak sekarang ni.. So pada kawan-kawan yang tak sempat jumpa tu.. jumpa lagi di lain masa. See you...

Selasa, 20 November 2007

Sambutan

Baru semalam aku hebahkan.. hari ni... waaaa dah ada orang menjengah ke laman ni.

Terima kasih yong, idar dan azri.. Jazakallah.. Okeyla tu.. dah ada sambutan.. tak le macam blog dulu-dulu tu.. habis punah..

Pada member-member lain.. jemputlah komen. Semua isu boleh bawa masuk.. Korang nak cerita apa pun boleh.. Bior meriah sikit.. Kalau boleh, sebagai ganti kepada site Young planners yang dah berkubur.. Tapi jangan bawak benda tak senonoh atau benda yang memesongkan aqidah sudah le.. Aku swing terus..

Sebut bab sambutan ni.. Esok aku nak pi me rai Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia di PWTC, KL.

Maklumat lanjut dalam www.townplan.gov.my

Semua kaum kerabat planner, jom la kita gamatkan suasana kat sana. Banyak isu yang aku nak bangkitkan rasanya. Dah ketinggalan sangat kita planner kat Malaysia ni. Biar kita wujudkan Impak Maksima kepada pembuat-pembuat dasar berkenaan kepentingan perancangan dalam mewujudkan wilayah-wilayah ekonomi, WPI? NCER? ECER? mana peranan planner? Mana dia Jawatankuasa Perancangan Wilayah yang nak ditubuhkan? Mana? Mana?

Apapun.. pada semua sedara-mara, sahabat, dan kenalan.. mai-mai la jengok sekali-sekala. Bagi la komen sepatah dua. Biar kita terus berhubung. Ni senyap aje.. dah la site studio kita berkubur, site planner pun dikuburkan, tak sempat bertalkin..

Kalau dilipek sobosa kuku,
Kalau dibontang sobosa alam,

Kok hilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tonggolam disolam,

Datang bialah nampak muko,
Kok poie bialah nampak bolakang,

Jauh diimbau,
Dokek digamit,

Seuntai salam,
Sojambak kato,
Dogup bicagho,
Moghisik ghaso,

Salam Perancang Bandar untuk Semua...

Isnin, 19 November 2007

Putih


Hangat-hangat!

Hangat pasal Khir Toyo bagi penyapu pada Majlis Daerah tak habis lagi. Semua orang mengulas. Lantak la dia nak bagi penyapu ka, tong sampah ka.. At least dia ada usaha nak pastikan kerja yang sepatutnya dibuat (walau pun tak kena gaya) oleh pihak yang berkenaan.

Tapi masalah yang hangat, yang memeningkan kepala aku sekarang ni, bukannya pasal penyapu tu. Tapi pasal PUTIH!

Haah.. pemutihan.. aku dah elok-elok buat senarai untuk pemilik rumah yang buat pengubahsuaian tanpa pelan yang diluluskan (kira haram la tu), dah ambik tindakan pemutihan, suruh buat pelan, bukannya kita saman pun, tu pun kecoh..

Alasannya tak nak buat pelan. Nak kena upah arkitek.. mahal.. MAHAL?? Berapa?? alahai.. buat tambahan rumah puluh-puluh ribu, dari setingkat dah naik dua tingkat, takkan upah arkitek yang tak sampai seribu dua pun tak mampu??

Last-last ngadu kat YB-YB (Yang Berniat - nak sambung penggal).. maka datanglah 'Wahyu' "hai.. tukang putih.. ko hentikan dulu kerja putih memutih ni.. orang kita gelap, sawo matang dan kuning aje.. ko biar aje orang putih yang putih... hai.. tukang putih.. biarlah ia terus hitam.. sekurang-kurangnya ko tunggulah lepas pilihanraya"...

Aih bila aaa pilihanraya..? Dah dekat sangat dah ni..