Khamis, 31 Januari 2008

Al-Fatihah; Hilangnya Sebutir Mutiara

Assalamualaikum w.b.t.
Dari Allah kita didatangkan dan kepadaNya jua tempat kita kembali. Alfatihah.

Almarhum Dato' Ishak Baharom, meninggal dunia semalam (30 Januari 2008) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi 29 Januari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh apabila keadaannya semakin kritikal.

Pemergian Almarhum Dato' Ishak Baharom, amat memberi kesan dalam diari Januari 2008 ini. Dalam suasana masyarakat makin kucar-kacir, akhlak tertolak ketepi, agama disimpan dalam laci, ulama dihamun dan dicaci.


Almarhum merupakan seorang mufti yang lantang dan berani menegur kesilapan pemerintah. Hingga akhirnya beliau dipecat dari jawatan Mufti pada tahun 1997 gara-gara mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Lihat warta mufti Selangor bertarikh 11 Mei 1995:

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/
FatwaWartaKerajaanSelangor7%201991-1997.htm

Ini yang membangkitkan amarah memanda menteri ketika itu hingga mengeluarkan kenyataan yang meletakkan taraf ulama sebegitu rendah dan pandangannya itu diterima oleh segolongan besar rakyat yang begitu setia kepadanya sebagai perdana menteri ketika itu.

Nak tanya Mahathir yang mudah lupa, dia ingat tak ini semua?

“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama’ jugak, Mustapha Ali ulamak.” Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

“Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad” (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato’ Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)

(petikan dari Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 - mudin001.com)

Sebagaimana kita tahu, pertandingan ratu cantik adalah helah yahudi dan nasara untuk mengumpan wanita bagi mendedahkan perhiasan tubuh mereka. Apa yang dicari pada cantik wanita hanyalah susuk tubuh yang terdedah dan menggiurkan. Mana suara wanita yang memperjuangkan hak dan penghormatan wanita. Dalam masyarakat zaman sekarang yang kononnya memperjuangkan kehormatan wanita, nampaknya semakin wanita dipergunakan sebagai simbol seks dan tarikan. Sehabis-habisnya wanita dilobi, dilondeh, dilayor dimata umum.

Dalam zaman Islam Hadhari, agama yang dianuti dan diasaskan oleh "you know who", lagi berleluasa eksploitasi ke atas wanita. Lihat saja program "Miss Tourism Metropolitan" atau pertandingan ratu cantik pelancongan yang disiarkan oleh RTM 2 pada malam 29 januari lepas. Macam
celaka aje program dia.. Diulangi sekali lagi.. celaka punya program...

Marah? tak boleh sebut celaka??? Baca ayat lazim.. Surah Al Massad ayat 1

تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ

Maksudnya yang ese jumpa "Binasalah (celakalah) kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah (celakalah) dia bersama"..

Berbalik kepada kisah Almarhum Dato' Ishak Baharom tadi. Pada yang tak kenal, biarlah kita mengenalinya serba sedikit, jika seumur hidup arwah sebelum ini, tuan-tuan tak kenal siapa beliau,
sekurang-kurangnya tuan-tuan dapat tahu serba sedikit sekarang, dan dapat sama-sama mendoakan ke atas rohnya, mudah-mudahan bila diakhirat kelak, sekurang-kurangnya bila kita terdesak semasa timbangan pahala tak cukup.. boleh juga minta tolong pada nabi, pada sahabat nabi atau ulama-ulama. Dan sebab apa mereka nak tolong kita? Maka sekarang (masa kita hidup) ni la nak buat baik dengan mereka, mendoakan mereka, kenali mereka. Barulah senang nak minta tolong di akhirat esok. Bukan hanya tahu rapat dengan orang yang berkuasa semasa hidup ni sebab nak minta tolong dapat projek, dapat biasiswa dan sebagainya. Tak keluar duit pun... untuk kenal dan merapatkan diri dengan nabi dan ulama.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Almarhum yang ese potik dari harakahdaily:

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

Al-Fatihah...

Isnin, 14 Januari 2008

Qamar Berjalan..

Dua hari cuti di Shah Alam, cukup seronok tengok Qamar dah boleh berjalan terus.

Walaupun masih terjatuh-jatuh.. tapi memang dah jauh berjalan dia.. Bilal aje yang jelous sikit kalau Abah dengan Umi asyik beri perhatian kat qamar.. Risau jugak, kadang-kadang tu, saje je dihadang qamar berjalan, dah terjatuh dia bila tersadung kaki Bilal..

Dalam gambar kedua ni, bunyi Bilal menangis, meradang le tu sebab abah amik gambar Qamar aje. Lebai kepit dia sambil amik gambar Qamar, mengamuk le dia sebab tak dapat masuk sekali..

huhuhu.. anak-anak, macam-macam... Mujur masa ni along dia dah lena, kalau tak, lagi gamat...

Rabu, 2 Januari 2008

Penutup 2007 dan Pembukaan 2008

Sejak dua minggu sudah, Lebai tak sempat postkan apa-apa berita disini. Jadi inilah serba sedikit aktiviti Lebai sepanjang dua minggu ni.

1. Aidil Adha.

Raya Korban yang lepas, Lebai balik Semanggol. Beraya dengan Abah dan Umi Lebai. Idar pun dah cerita aktiviti masa raya ni dalam blog dia. Cuma yang lebai nak nukilkan tentang kerja korban. Tahun ni, Ibadah Korban disempurnakan di Markas Pas Cawangan Semanggol. 3 ekor lembu sempurna dikorbankan. Meriah tu memang meriah.

Cuma sedihnya kurangnya penglibatan golongan muda. Kat mana-mana pun macam tu. Kat masjid mana pun, yang hadir, bersusah payah menumbangkan, melapah dan membungkus daging korban untuk disedekah hanyalah golongan tua. Yang muda pun tinggal yang seusia dengan lebai je. Tu pun ada la 2-3 kerat. Mana pegi orang muda kita? Takkan takut tengok darah??


Adik Lebai.. Zainal tengah lapah daging. Ada la dua orang budak muda, baru 20 an.

2. Kereta Nyah crash boom bang...

Ini pun idar dah cerita dalam blog dia.. cuma nak masukkan gambar-gambar tragedi. Kesian anak-anak dia lena dalam keta, tunggu nak selesai report. Jam 11 malam baru settle, balik rumah Lebai di Shah Alam, dah pukul 1 pagi.

Saja nak suruh beli kereta baru tu.. Proton BLM??

Sampai Shah Alam, kucing dia si 'stripe' pulak menghilangkan diri. Balik la nyah ke Johor tanpa kucingnya. Jadi warga Shah Alam la kucing tu.

Semalam baru jumpa, jenuh jugak le menangkapnya. Siap lekat le cakar Wolverine kat dada lebai dengan kesan gigit ala vampire kat lengan lebai.. Hadui.. kena mintak duit ubat ni..

3. Melawat rumah baru.

Lebai beli rumah ni dari tahun lepas. Dalam proses pembinaan. Dah nak siap dah. Pertengahan tahun ni boleh la pindah kot. Mahalnye la rumah kat Shah Alam. Tak mampu lebai, nak buat loan pun tak lepas. Terpaksa cari rumah kat kawasan baru. Tengah-tengah hutan kat Puncak Alam, Kuala Selangor. Tinggi tu.. di puncak... Siap la potong gaji untuk bayar rumah lepas ni.. Adoi....


4. Munshi Daftar Pra Sekolah

Hari ni, anak sulung lebai daftar pra sekolah. Tahun lepas dia masuk tabika untuk 5 tahun. Punya le semangat Munshi. Bangun awal, mandi, siap minyak rambut sampai berkilat kepala..

Pra sekolah ni pun ada dua kelas aje. Bagus la tu, tak ramai pelajar, boleh cikgu dia fokus. Bermacam kerenah murid yang nak masuk pra sekolah boleh dilihat. Budak masuk tahun satu pun sama jugak. Ada yang menangis.. lari.. kepit kaki mak.. macam-macam lagi la. Ada jugak yang bergaya dengan beg masing-masing, walhal takde buku apa pun lagi, baru suai kenal hari ni. Semangat le tu.. Harapnya berkekalanlah semangat anak-anak ni untuk menimba ilmu.


Munshi, steady je.. terus masuk kelas, takde masalah.. Dah biasa masuk nursery, kemudian tabika pulak. Dalam semua murid, anak lebai paling besar, budak darjah satu pun haluih aje.. Yang boleh tinggi sikit dari dia ada la budak perempuan. Memang budak perempuan cepat besar dari budak laki. Ibu bapa lain pun ingat Munshi nak masuk darjah satu, rupanya baru Pra Sekolah. Kepada cikgu, lebai serahkan anak lebai untuk dididik. Kalau salah, tegur, nakal dirotan, jangan biar, jangan takut.. Asalkan tak patah, luka berparut dah la..

Teringat dulu lebai mula masuk darjah satu, Nyah dengan Yong aje yang bawak ke sekolah. Nyah darjah dua, Yong darjah 5. Bawak beg warna kuning, ada gambar bendera (Jalur Gemilang). Sekolah kat Bintulu, Sarawak, bangunan dinding papan, lantai tanah, sebelah airport Bintulu lak tu.

Tahun Baru 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di sini lebai nak amik kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 buat semua. Tapi bagi kita yang beragama Islam, kiraan tahun yang sepatutnya hadir dalam diri kita adalah tahun Hijriah. Itu barulah tahun yang dikenang bagi kita. Sekarang sudah 1428 tahun peristiwa Hijrah berlalu.

Bagi Tahun Masihi, adalah berdasarkan tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. Bermakna sudah 2008 tahun sejak peristiwa kelahiran baginda. Beza masa antara baginda Nabi Isa a.s dengan kelahiran Rasulullah s.a.w adalah = 2008 - (1428 + 50 (usia nabi s.a.w ketika hijrah) = 530 tahun.


Nabi Muhammad s.a.w juga telah 1415 tahun meninggalkan kita pada genap umurnya 63 tahun. Dan ingatlah bahawa sesetengah ulama dan ahli kasyaf zaman dahulu telah mentaksirkan tempoh umat Nabi Muhammad s.a.w adalah tidak lebih 1500 tahun. Ini bermakna tempoh dunia hanya tinggal (1500 - (1428 + 10 (baginda s.a.w menerima wahyu pertama) = 62 tahun. Pajakan rumah lebai pun ada 98 tahun lagi. Singkat sangat masanya. Benarkah? Wallahualam.. Tak perlu dipanjangkan. Yang penting kira congak amalan kita, bukan asyik mencongak bila nak kiamat, bila Imam Mahadi nak muncul, bila Nabi Isa a.s nak turun.

Tapi lebai pasti, yang sekarang yang orang sibuk mencongak adalah bila nak Pilihanraya? bila harga minyak nak naik, bila caj elektrik nak naik? barang apa lagi nak naik? berapa naik..? Lepas pilihanraya esok naik le tu.. tak payah risau.. kekekeke...

Wassalam..