Jumaat, 29 Februari 2008

RASUAH PILIHANRAYA

Menjelang pilihanraya, seperti biasa, BN dan jentera kerajaan yang diperkulikannya mula umum macam-macam bentuk bantuan, laba dan projek untuk rakyat. Empat tahun sudah, selepas menang pilihanraya, apa yang dia buat entah. Alih-alih, merata-rata projek untuk rakyat ditimbulkan. Rumah PPRT lah.. bantuan sara hidup lah.. bank-bank pun umum dividen tinggi belaka, nak tunjuk kekukuhan ekonomi, tentera diberi durian runtuh, kenaikan gaji hingga 42%, bonus Lembaga Tabung Angkatan Tentera hingga 16%, tertinggi dalam sejarah dan macam-macam lakonan Pecah Tanah untuk projek itu dan ini.

Terbaru hari ni.. 29 Februari 2008, Utusan Malaysia melaporkan hutang pekebun kecil RISDA akan dilupuskan bernilai sekitar RM141 juta sekiranya dipersetujui oleh kerajaan. Ayat tu jelas sangat nak tunjuk kepada umum, "undilah kerajaan sekarang kalau nanti dia menang, dia akan luluskan permohonan ni". Ingat lebai tak boleh faham benda simple macam ni..

Kepada semua pembaca, penyokong dan pengundi.. Lebai jamin, melupuskan hutang ni memang senang nak buat kalau kita memang nak buat.

Ambik fahamlah.. ni gimmick aje.. Kenapa tak usul lupus sejak mula lagi? Dah kata ekonomi negara maju, lupuslah cepat2.

Lebai berani jamin, kalau Barisan Alternatif memerintah, mesti terus lupus aje hutang pekebun kecil ni, tak payah kaji-kaji.. Bukan itu saja, harga minyak pun diturunkan sebanyak 30sen (mungkin boleh lebih kalau benar ekonomi kita kukuh), hutang PTPTN pun dilupuskan.. Amacam.. ada berani..

BERANI BERUBAH... TIME FOR CHANGE kate orang putih... haaa.. speaking teman..

Khamis, 28 Februari 2008

Calon Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan

Saudara Norman bin Haji Ipin, berusia 36 tahun, berasal dari keluarga peneroka Felda Lui Barat. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau merupakan seorang profesional lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan turut memiliki Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa'.

Bekas Pegawai Penyelidik Universiti Sains Malaysia ini kini merupakan Pengurus Insan Jati Plantation And Farm dan juga menjadi Pengurus Pusat Rawatan Insan. Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan apabila pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Felda Lui Barat dan bekas Timbalan Pengerusi Penaja Persatuan Usahawan Teknikal MARA. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat Jelebu secara langsung khususnya di Sungai Lui sebagai ahli Belia Felda Lui Barat dan juga ahli Unit Amal Malaysia.

Beliau pernah dicalonkan dalam pilihanraya umum
1999 & 2004 bagi Dun Sungai Lui, selain aktif dalam kegiatan Parti sebagai AJK PAS Kawasan Jelebu, Setiausaha MTD Sungai Lui dan Timbalan Ketua Cawangan.

P.126, Parlimen Jelebu merangkumi DUN N.1 Chennah, N.2 Pertang, N.3 Sungai Lui dan N.4 Klawang dalam Daerah Jelebu. Calon BN yang juga penyandang sebelum ini bagi parlimen Jelebu adalah Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim yang merupakan bekas calon Semangat 46 (membakar jambatan dengan UMNO bersama Tengku Razaleigh kemudiannya kembali menyertai UMNO setelah Semangat 46 tidak diterima umum) dan kini Menteri Warisan (Kekkwa).

Jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 38,682 orang dengan pecahan
Melayu: 64.24% Cina: 28.7% India:6.6% Lain-lain: 0.44 %. Majoriti BN dalam pilihanraya umum 2004 ialah 14,780 undi.

Rabu, 27 Februari 2008

NEGARA BERKEBAJIKAN

Ada pulak yang persoalkan, PAS dah gugurkan konsep Negara Islam. Negara Berkebajikan tu, tuntutan daripada Negara Islam la tu. Dah jelas konsep Negara Islam kita dalam undang-undang tubuh, dah kita perjelaskan sepanjang zaman, takkan tak faham lagi? Negara berkebajikan yang kita tawar adalah berteraskan ajaran Islam, bukan welfare state yang orang putih buat.

Bukan main tabur duit sana-sini macam yang sesetengah orang sangka. Bagi subsidi banyak2 sampai bankrap kata orang tu. Bukan macam tu. Berkebajikan maknanya jaga, ambil tahu, kaji kesan setiap program yang kerajaan nak buat, mestilah memberi manfaat dan kebajikan kepada rakyat.

Turunkan harga minyak, maka kos barangan turun. Kos barang turun, nak buat bangunan (sekolah misalnya) pun tak perlu keluar kos tinggi macam harga bahan mentah, bata, simen, upah pekerja, bahan elektrik dan sebagainya. Rakyat mampu beli barang keperluan dan hidup selesa. Bila hidup selesa, buat apa nak berutang banyak2, buat apa nak kejar duit lebih (sampai guna jalan salah spt; rasuah/ curi/ rompak/ judi) kalau yang ada mencukupi. Jenayah kurang, (atau takde terus sebab penjenayah takut kena hukum hudud) maka rakyat hidup tenteram, tak risau nak pasang cctv depan rumah (dah jimat). Pelabur atau pemaju pun suka berurusan di Malaysia sebab tak perlu bayar komisen (macam beli kapal selam) kepada pihak tertentu, maka harga barang pun tak perlu 'mark up' (seperti selalunya yang terjadi dlm pembelian kerajaan; semua orang tahu). Senang aje sifirnya, takkan tu pun tak paham??

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian).
2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan.

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin.
6. Melaksanakan akta gaji minima.
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari. (dipetik dari Harakahdaily)


Faham tak?? Tak faham tanya, jangan sibuk dok mengata. Banyakkan membaca, baru luas pandangan jangan hanya faham apa yang dihidangkan media kawalan BN aje. Ambil tahu, hitung munasabah, buat perbandingan; baru buat keputusan. Wallahualam..

Isnin, 25 Februari 2008

Calon PAS Jelebu, Negeri Sembilan



Saudara Saiful Bahri Jaaman. Berumur 41 Tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Berkelulusan Diploma dalam Pengajian Bank dari ITM Shah Alam (1987). Merupakan seorang usahawan, Pengarah Al Kautsar Trading dan Pengarah Amalworks Enterprise. Jawatan Politik; AJK PAS Cawangan Klawang Bandar Jelebu, Setiausaha MTD Klawang, Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Jelebu dan Setiausaha Lujnah Penerangan Badan Perhubungan PAS N. Sembilan.

Maklumat lanjut mengenai beliau boleh didapati di laman blognya di www.pasjelebu.blogspot.com.

Lawan beliau bagi DUN Klawang N.04, ialah Datuk Yunus Rahmat dari BN. Beliau dicalonkan setelah penyandang, Jalaludin Alias digugurkan.

Jelebu mempunyai seramai 8,448 orang pengundi berdaftar dengan pecahan 63.3% Melayu, 32.6% Cina, 3.8% India dan 0.3% lain-lain. Majoriti BN dalam pilihanraya ke 11 pada 2004 ialah 1,308 undi.

Pengguguran Jalaludin Alias yang tidak dicalonkan semula telah menimbulkan kekecohan di kalangan penyokongnya dan ahli UMNO di kuala Klawang. Ini kerana jelas bahawa Jalaludin tidak sehaluan dengan MB Mohammad Hassan dan Dr. Rais Yatim. Jalal juga merupakan penyokong kuat kepada bekas MB Isa Samad. Keadaan ini telah mewujudkan keadaan yang panas di kalangan penyokong UMNO. Kemungkinan undi protes akan berlaku di kawasan ini.

Isnin, 18 Februari 2008

Gambar dan Kata Nista

Menjelang Pilihanraya, bermacam kata nistayang dilemparkan terhadap Barisan Alternatif melalui media cetak dan elektronik. Gambar-gambar perhimpunan rakyat disunting dengan selitan rusuhan di negara asing digunakan untuk memburukkan imej Barisan Alternatif.

Bagi memburukkan PAS, gambar-gambar pemimpin-pemimpin PAS bersama lain-lain barisan pimpinan pembangkang turut disiarkan dan dimain-mainkan dengan kata-kata nista yang meremehkan perjuangan pembangkang. Terutamanya yang sering keluar dalam blog-blog pro UMNO ialah gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dengan Lim Kit Siang yang diselang ayat, PAS bersekongkol dengan Kafir Harbi.

Siapa kafir harbi? Kafir Harbi adalah golongan bukan Islam yang tidak menerima malahan menentang dengan segala upaya dan hingga kepada menggunakan kekerasan ke atas Islam. Golongan ini samalah dengan penentang puak jahiliyah Makkah ke atas Nabi S.A.W. Atau serangan dan penindasan oleh kaum yahudi ke atas umat Islam Palestin dan tindakan ganas Tamil Eelam ke atas umat Islam di Sri Lanka atau penentangan komunis ke atas umat Islam seperti di Cechnya.

Dalam istilah negara, kafir zimmi adalah golongan bukan Islam yang menerima pemerintahan negara berlandaskan Islam tanpa penentangan (apa jua kaedah hinggalah kekerasan), walaupun hatinya tak bersetuju. Dan kafir harbi adalah yang menolak, menentang dengan zahir pemerintahan negara Islam. Persoalannya, Malaysia tidak melaksanakan pemerintahan, perundangan berdasarkan Islam. Tapi yang sibuk digembar-gemburkan adalah Islam Had hari.

Maka tidak timbul lagi soal kafir harbi atau zimmi dalam negara ini. Semuanya rakyat Malaysia dan mempunyai hak yang terjamin oleh Perlembagaan Negara.

PAS telah berusaha sejak sekian lama menerangkan maksud pemerintahan dan undang-undang Islam yang sebenarnya, samada kepada bukan Islam, bahkan kepada orang Islam sendiri. Sebaliknya UMNO yang giat menakut-nakutkan orang awam dan memutar belitkan isu pemerintahan dan perundangan Islam.

Lihat sahaja bila PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dan berhasrat melaksanakan undang-undang Islam. Maka yang bersorak tempik menyatakan siapa nak merasa sup tangan, bolehlah datang ke Kelantan, bukankah suara-suara tu datang dari puak-puak UMNO?? Apa hukumnya orang yang mempertikaikan hukum Islam yang berasaskan Al-Quran?

Mempertikaikan Al-Quran samalah dengan mempertikaikan perintah Allah. Jatuh kafir bagi sesiapa yang mempertikaikan hukum Allah. Bila kita kata macam ni, diorang kata kita sewenangnya mengkafirkan orang. Lantaklah, dah jelas hukumnya kafir (kufur / engkar) maka peduli apa lagi. Kamu nak bela, suka hati kamulah...

Berbalik isu gambar tadi, kalau nak letak gambar dan jadikan modal, berlambak lagi gambar pemimpin UMNO yang boleh kita gunakan. Pegang bahu artis, bermesra dengan pemimpin negara asing yang membunuh umat Islam, bersalam dengan perempuan bukan muhrim, semuanya ada.. Mana imej pemimpin Islam yang sepatutnya?

Bukan tak boleh bersalam dengan kafir, apatah lagi kalau mereka itu pemimpin masyarakat atau negara mereka. Sebagai tanda hormat-menghormati, maka salamlah, hatta kalau Hitler ada lagi, dia hulur tangan, sambutlah. Tapi jangan lah pulak bersalam kalau yang ditegah terutamanya bukan muhrim.

Jadi nasihat lebai pada pakar propaganda UMNO, bab bergambar, bersalam, bekerjasama antara pemimpin PAS dengan pemimpin bukan Islam yang lain, tak payahlah nak kecoh sangat, takde faedahnye...

Khamis, 14 Februari 2008

Antara Projek Kroni dan Poket Sendiri

Saya orang kerdil. Gaji cukup makan, cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, bayar ansuran duit kereta Proton Wira (tu pun 9 tahun), nak beli rumah tak cukup. Rumah kos rendah tak layak, rumah kos sederhana pun dah melambung 180k hingga 300k. Tapi terpaksa juga, kalau tidak tak berharta nanti, kalau pejam mata esok lusa, at least ada tinggalkan tempat berteduh buat anak dan isteri.

Loan boleh dapat 100%, tapi jangan lupa, bayar yuran guaman perjanjian sewa beli, 2 - 3k, guaman untuk loan bank, 3 - 4k lagi, guaman untuk tukar hak milik tanah dan rumah juga 4 - 5k lagi. Hitung kira, lebih kurang 7 ke 10k perlu disediakan sendiri untuk tujuan guaman sahaja. Sampai bila boleh nak simpan RM 10 ribu??

Dengan harga barang naik, belanja cukup-cukup makan sahaja.

Diwar-warkan negara maju, kaya, aman, stabil, projek melimpah ruah. Tapi siapa yang rasa? Tuan-tuan cuma dapat apa yang tuan-tuan ada sahaja. Itu pun makin berkurang sebab harga barang dah makin naik.

Jangan hanya gah tengok pembangunan mega dengan koridor itu, koridor ini. Persoalannya adakah taraf hidup kita meningkat? Memang yang tuan-tuan dapat lihat seperti ditayang di RTM dan media lain, jalan makin besar, banyak dan lurus, tapi tuan-tuan kena bayar tol yang naik saban tahun. Elektrik disalurkan terus ke kawasan-kawasan anda, juga bilnya naik saban tahun. Bekalan Air sudah sampai ke kawasan pedalaman, dan nyata bilnya juga naik saban tahun. Hospital dan klinik kerajaan juga bertambah, tapi hanya boleh dapat ubat pening dan demam, rawatan pesakit uar. Tapi kalau memerlukan rawatan lanjut, pembedahan dan sebagainya, kosnya pasti tinggi. Dan sesetengahnya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital swasta yang sekarang ini ada kepentingan syarikat dari luar negara. Kosnya lebih melambung tinggi. Sebab itu kita dapat lihat banyak rayuan bantuan sumbangan derma di dada-dada akhbar untuk mendapatkan rawatan.

Program Bersamamu di TV3 juga jelas sangat memaparkan kedaifan hidup segolongan sahabat kita yang tinggal di negeri-negeri maju yang diperintah oleh parti yang katanya hebat dalam membela rakyat. Sampaikan nak minta bantuan pun, rakyat terpaksa mengadu kepada stesen tv swasta, mana peranan wakil rakyat? JKKK?

Jadi pada saya, janganlah tuan-tuan sekadar berangan melihat keindahan bangunan pencakar langit, lapangan terbang yang canggih, kereta lumba yang laju di litar lumba canggih, kapal layar mewah, masjid besar berkilauan cahaya. Itu semua orang yang punya, orang lain yang dapat laba. Tuan-tuan dapat apa. Masih lagi menyewa di rumah flat kos rendah dengan harga 500 sebulan (Lembah Klang), kereta tak mampu beli, hatta proton saga baru yang beharga RM 31,500 sebab nak jimat bayaran bulanan untuk duit makan-minum, yuran sekolah anak, bil air, bil letrik, takut kena tol lagi kalau pakai kereta, jem dalam KL (minyak mahal pulak tu).

Fikirlah sendiri, nak hebat dengan projek kroni atau nak melegakan poket sendiri?

Rabu, 13 Februari 2008

Parlimen Dah Bubar..


Bubar jugak parlimen pada hari ni.. Ikut tarikh ong bagi Pak Lah.. 13.. Macam main lucky number aje.. Semalam beriya-iya kata tak bubar lagi.. Cakap tak serupa bikin..

Kalau betul tak nak bubar.. tunggu le sampai cukup penggal, tahun depan. Ini sekejap kata lain, buatnye lain.. Pasal nak bubar parlimen pun main dolak dalih.. Tipu punya olang... Macamana nak pegang janji dia untuk rakyat..??? ikir-pikir le sendiri..

Ayuh kita buat perubahan.. Blogger semua.. sapa-sapa yang pandai buat pop-up macam iklan tu.. cuba-cubalah selitkan dalam mana-mana site yang jadi tumpuan ramai. Kawan tak reti.. cuma boleh masukkan dalam blog kawan aje..

Fikir le bulat-bulat hai pengundi semua.. Tak payah pakai timbang kati tu.. kalau ditimbang.. memang le berat pada mata korang sebab puak tu letak beras 2 - 3 guni kat belah dacing dia. Tapi belah kita ni anak benih.. Beras tu korang ambik, abis untuk makan 2 - 3 bulan je.. Tapi anak benih yang kami tawarkan ni, boleh disemai, bergenerasi boleh rasa habuannya..