Rabu, 23 April 2008

Al-Fatihah: Rustam A. Sani meninggal dunia

klpos.com 22 April 2008

PENULIS
politik terkenal Rustam A. Sani 63 tahun meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 3.00 pagi tadi kerana diserang penyakit jantung.

Orang ramai yang ingin menziarahi Allahyarham boleh hadir ke alamat:

7519 Batu 6 3/4, Bukit Lela, Gombak Selangor Darul Ehsan (Tel: 03-61897588)

Jenazah Allahyarham Rustam dijangka akan dikebumikan lepas Zohor.

Allahyarham merupakan pensyarah bersara, pengarang dan penulis bebas. KLpos.com baru sahaja menyiapkan satu kolum khas untuk tulisan-tulisan beliau di laman ini semalam yang bertajuk 'Karya Merdeka'.

Tulisan terakhir Allahyarham eksklusif untuk pembaca KLpos.com ialah Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu'?

FotoFotoDua buah buku terbaru hasil penulisan Allahyarham yang bertajuk "Special Roots of the Malay Left" dan "Fail Nation" sepatutnya dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 April ini di Seminar Hall, Perpustakaan Raja Tun Uda (The Selangor Public Library), Persiaran Bandaraya, Shah Alam.

Rustam A. Sani dianggap antara ‘cendekiawan awam’ yang penting di Malaysia. Beliau merupakan seorang ahli akademik, penulis kolum dan penyair – selain terlibat dalam pelbagai kegiatan politik, sosial dan sastera. Sebagai ahli akademik dan penganalisis, beliau pernah bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan ISIS Malaysia.

Antologi puisinya – Riak-riak Kecil (1977) – diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1988/89 beliau telah dianugerahkan ‘Hadiah Sastera Negara’ dalam kategori esei dan kritik sastera. Dalam bidang politik, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Presiden, Parti Rakyat Malaysia.

Rustam memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya, dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Reading, University of Kent at Canterbury (UK) dan Yale University (AS). Beliau merupakan seorang penulis yang prolifik, baik dalam bahasa Malaysia maupun Inggeris – dan tulisannya meliputi pelbagai bidang seperti politik, isu-isu sosial, sejarah, budaya, statistik dan sastera. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan terjemahan karya-karya sastera dan bukan sastera (dari Inggeris ke bahasa Malaysia dan sebaliknya).

Antara buku-buku karya beliau adalah: Melayu Baru: Beberapa Persoalan Sosio-Budaya (1992); Politik dan Polemik Bahasa Melayu (1993); Melayu Baru dan Bangsa Malaysia: Tradisi Cendekia dan Krisis Budaya (1993); Menjelang Reformasi (2004); Ke Mana Nasionalisme Melayu? (2004); dan Bercanda dengan Mahathir (2006) dan banyak lagi...

Dipetik dari klpos.com

Innalillah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Pak Rustam dan semoga semangatnya serta perjuangannya diteruskan oleh generasi kini. Takziah lebai ucapkan kepada keluarga Pak Rustam. Banyak benar penulisan Pak Rustam, tak terbaca oleh lebai.. Harapnya dapatlah wujud pengganti arwah yang berkaliber dalam bidang penulisan. Wassalam..


Isnin, 14 April 2008

Bagaimana Mengurangkan Tol..

Sekarang ni, heboh isu BABI di Selangor.. Kecoh satu Malaysia.. Lebai malas nak layan.. itu kecik punya hal.. banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian untuk kepentingan orang ramai.

Hal babi tu.. rujuklah kat blog-blog lain.. banyak orang dah ulas.. Bagi Lebai.. mana yang baik lebai sokong aje.. Kalau nak sampai jadi pengeksport terbesar di dunia pun apa salahnya? Duit tu boleh guna untuk bantu rakyat bukan Islam di Malaysia ni.. Ramai rakyat yang susah.. Kalau yang Islam kita boleh guna duit Baitulmal, peruntukan kebajikan.. Kalau bukan Islam, boleh kita manfaatkan duit babi tuh.. Takde masalah...

Tapi cukup takat tu.. Sekarang Lebai nak bicara soal tol.

Sifir tol ni mudah aje.. Kalau tinggi tol, maka kos pengangkutan / perjalanan juga tinggi.
Samada untuk perjalanan persendirian atau pengangkutan barangan. Kalau tol rendah, maka kos pengangkutan juga turun le sikit. Jika kosnya turun, maka harga barangan bolehlah diturunkan sikit. Yang paling terkesan pastinya di kawasan Lembah Klang. Mana taknye.. sikit-sikit tol, keluar aje sikit.. TOL....

Adapun kuasa untuk menurunkan harga Tol ini terletak pada tangan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan-Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, tak dapat mengarahkan pihak pengusaha lebuhraya untuk menurunkan harga Tol. Tapi dengan kajian terperinci terutama berkaitan undang-undang hal Tanah, Kerajaan PR boleh "PAKSA" pengusaha ini untuk menurunkan harga tol di negeri-negeri yang PR kuasai.

Perlembagaan Malaysia secara jelas telah menggariskan bahawa hal tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan hanya boleh menasihati sahaja. Untuk menasihat inilah maka banyak undang-undang diwujudkan bagi memastikan tadbir urus tanah dijalankan dengan teratur dan tidak terlalu bercanggah antara negeri. Antara undang-undang yang ada seperti untuk kawalan persekitaran, perhutanan, pembangunan tanah dan perancangan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah bertujuan mengawalselia aktiviti pembangunan tanah di mana terkandung dalam Perlembagaan bahawa Perancangan Bandar dan Desa sebagai perkara bersama antara Persekutuan dan Negeri.

Akta yang jelas berkenaan tanah adalah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Pengambilan Balik Tanah dan untuk pengurusan terdapat pula Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mentadbir urus kawasan tertentu.

Jelas berdasarkan perundangan di Malaysia bahawa hal ehwal tanah adalah dibawah hak milik penuh Kerajaan Negeri. Walaupun sesuatu tanah telah diwartakan sebagai rezab misalnya hutan simpan yang kemudiannya terletak bawah seliaan Jabatan Perhutanan (di bawah Persekutuan), namun Kerajaan Negeri masih boleh membatalkan rezab berkenaan dan digantikan dengan tempat lain (jika perlu).

Berdasarkan perundangan di atas, Kerajaan-kerajaan Negeri PR, boleh mengkaji secara teliti, terutamanya Akta Pengambilan Balik Tanah untuk "memaksa" pengusaha lebuhraya untuk menurunkan harga tol di atas lebuhraya yang melalui tanah-tanah di dalam negeri mereka.

Walau pun tanah berkenaan telah diberi milik kepada pengusaha, Kerajaan Negeri boleh mengambil balik tanah berkenaan untuk kepentingan umum. Justeru pilihannya seperti berikut:

1. Pengusaha menurunkan harga tol (bagi jalan-jalan yang melalui negeri berkenaan) dan dibenarkan beroperasi seperti biasa;
2. Kerajaan Negeri mengambil balik tanah berkenaan dan menggantikannya dengan tanah lain (tak kisah lah tengah hutan ke paya ke, pulau ke.. janji sama nilai) dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri;
3. Menaikkan kadar cukai / permit tahunan (sekiranya pengusaha enggan menurunkan kadar tol) dan duit cukai berkenaan boleh digunakan untuk mewujudkan jalan-jalan alternatif kepada pengguna; (tak perlu risau kenaikan tol sebab ianya dibawah bidang kerajaan Pusat - dia lah yang menjawab), atau..
4. Gunakan peruntukan negeri samada duit negeri atau secara JV dengan mana-mana pihak yang sanggup untuk menaiktaraf jalan-jalan di bawah senggaraan negeri untuk dijadikan jalan alternatif kepada pengguna.

Walau apa pun, Kerajaan Negeri PR perlu kaji dari pelbagai sudut dan simpulkan pelbagai pilihan untuk diambil. Yang tu, tuan-tuan (Kerajaan PR) usahakanlah dengan segera...

Selasa, 8 April 2008

CCC

CCC atau Certificate of Completion and Compliance atau bahasa teman, orang kabor, Sertipiket komplit keghoje dan mengikut perancangan.

Adapun CCC ni adalah langkah kerajaan untuk menggantikan pengeluaran CFO atau Sijil Layak Menduduki. Selagi tak dapat sijil ni maka keme tak layok nak duduk bangunan yang keme buat atau beli.

Pengeluaran CFO ni dulu ramei yang kate lambat bebenor. Makan tahun baru nak dapat. Dulu lebai pun rase macam tu jugok, tapi bile dah kene keghoje kat PBT (OSC) ni, lebai rase le.. semua geng lebai yang kene bertugas kat osc pun setuju bahawa yang menyebabkan lambatnya pengeluaran CFO adalah disebabkan oleh pemaju sendiri yang tak mematuhi pelan yang diluluskan. Kalau buat rumah tu (contohnya rumah kos rendah) seboleh-bolehnya dia nak 'curi' / 'tipu kos'. Dalam pelan siap ada perimeter fence dan drain. Tapi dalam S&P dia tiadakan dan pembeli tak paham. Pembeli kata rumah dah siap, bayaran dah mula buat samada potong gaji atau bayar bulanan. Kenapa tak boleh duduk lagi, (setengah orang tak kisah sangat) duduk ajele kalau nak duduk, tapi kalau roboh, tanggung sendiri le...

Dan yang paling power sekali, ada pembeli yang dah tak sabor-sabor nak renovate rumah, sampai rumah belum siap lagi pun dia dah mula buat penambahan dan ubahsuai. CF belum keluar, pelan tambahan dan ubahsuai pun dia tak hantar ke PBT, esok kalau rumah tu roboh, retak, sapa nak tanggung. Pemaju akan lepas tangan walaupun masih dalam tempoh jaminan kerana pembeli dah langgar peruntukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Ada yang lagi pokemon tu, bila mula dengar suara-suara sumbang kata pegawai yang nak luluskan CF tu minta kawtim... duit kopi... Cinabeng... mungkin ada satu dua beruk yang buat macam tu, tapi barang harus diingat, yang meluluskan CF bukan pegawai tu sorang, tapi keputusan jawatankuasa. Kalau dah memang pemaju tak patuhi pelan asal, macamana nak luluskan CF?? Esok kalau jadi apa-apa salahkan PBT pulak...

Sepanjang lebai berkhidmat, lebai dapati orang cina lagi senang nak nasihat, bagitau benda ni salah, saman... takut dia.. tobat tak nak buat.. Tapi kalau yang Melayu yang sebangsa dengan lebai ni.. amboih... punya kuat kepala dia.. Nasihat tak masuk, surat amaran tak peduli, saman.. eishh mengamuk pulak dia.. Siap cari sokongan YB lagi.. YB ni tak paham undang-undang, tak sekolah ke apa YB.. Itulah bengong.. kalau dah puak AMENO ni... suka hati tok nenek dia nak buat apa... Lepas tu tuduh pegawai ni kawtim... Woi BERUK!!!! kalau kawtim... dah lama aku pakai V6 atau merce macam ko (ADUN) pakai tu... beli jet / kapal mewah macam Lah Beduwi... Ni rokok pun kena jimat-jimat.. isap rokok LM.. Lekas Mampuih...

Last sekali, maka gomen pun buat CCC di mana profesional engineer atau arkitek yang sahkan bangunan tu siap sempurna ikut pelan. Tak perlu lagi bawak mesyuarat jawatankuasa dan tak perlu lagi disemak oleh jabatan-jabatan teknikal (ada paling kurang 8 jabatan teknikal). Ada 21 peringkat dimana engineer atau arkitek perlu monitor dan pastikan setiap peringkat dibuat dengan baik. Maka kalau jadi apa-apa diorang lah yang bertanggungjawab..

Cuma satu je yang musykil... Kalau pegawai yang makan gaji dan selalu kena cek harta dia pun boleh pemaju kawtim... (kata korang le).. macam mana pulak engineer atau arkitek (sebilangan kecil le) yang memang cari duit ni tak boleh di kawtim???? Esok tengok aje le... berapa banyak yang roboh.. retak... Nak suruh diorang bertanggungjawab..?

Pemaju pun dah tutup syarikat (buat sykt lain.. nama pun lain) engineer arkitek pun dah lari.. join sykt lain.. kompeni pun tutup... macamana??? Macam tak biasa benda ni semua...

Senang je.. benda kawalan perancangan, pembangunan, perumahan, daftar arkitek, jurutera, perancang.. syarikat pemaju... bagi le kat kami puak-puak kejuruteraan (Gred J) ni yang uruskan.. kami lagi tahu.. Lima nam tahun belajo benda ni aje... Kenapa semua nak bagi PTD yang belajo bende lain tapi nak buat bende lain??? Bukan nak pelekeh PTD, tapi ye le... ada yang belajo akauntan, cinematografi... syariah law (walaupun Malaysia tak nak laksana).. jadi PTD.. alih2 dia kononnye lagi pandai dari kami, nak uruskan bende ni semua... PANDIR ada le...

Jumaat, 4 April 2008

Hal Khalwat pun Nak Kecoh..

Teman terbaca tulisan blog Susan Loone, blog ni rajin juga lebai masuk.. Macam-macam isu semasa yang ditonjolkan. Tapi baru tadi lebai terbaca isu tentang khalwat. mulanya isu ni bila IKIM cadang untuk kenakan juga suatu bentuk pendakwaan di Mahkamah Sivil bagi orang bukan muslim yang didapati ditangkap berkhalwat dengan orang Muslim (yang didakwa di Mahkamah Syariah) di mana sebelum ni mereka terlepas dan hanya orang muslim berkenaan yang disabitkan. Dalam kata pemikiran maju, pun manusia kembali terkebelakang apabila sibuk nak pertahankan kebebasan hingga benda tak bermoral pun nak dipertahankan.


Pada lebai, elok juga dihukum bukan muslim yang melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk hukum sekali penzinaan walaupun sesama bukan muslim, macam yang Chua Soi Lek buat. Terlepas macam tu aje orang tua tu. Siut aje...

Agama larang, budaya pun larang perbuatan sikit lagi serupa binatang ni. (ye la main randuk aje.. tak kira siapa laki ke bini orang ke) Tak kira la agama apa pun. Ade ke agama (yang well known le) menggalakkan raba-raba, zina macam ni??

Macam-macam le komen dari orang ramai dalam blog tadi... yang bukan Muslim mula menyerang fahaman Islam sampai kait dengan keganasan la... yang Melayu / Islam susah juga la nak sebut secara baik dalam mempertahankan pandangan agama. Last-last menyampah lebai baca sebab dah sampai bakar-membakar isu agama dan masuk politik pulak tu..

Ni je la komen lebai kepada pembaca sebelum lebih ramai terluka disebabkan semua orang nak bercakap walaupun tak pandai menyusun ayat.

"Apa ni pasal khalwat pun nak bising? takde benda lain yang lebih berfaedah? Yang korang sibuk-sibuk ni, korang ni rajin berkhalwat ke???

KHALWAT tu maksudnya bersendirian, kalau dalam beribadah ada maksud khalwat iaitu duduk bersendirian dan beribadat, jauh dari gangguan lain, macam "Bertapa" lebih kurang la.. Kalau dalam buddha ada sejarah macam mana beliau bertapa bersendirian untuk mencari erti hidup di bawah pohon Bodhi.

Adapun Khalwat yang dibincangkan ni, iaitu perbuatan berdua-duaan, di tempat tersembunyi, yang boleh mendatangkan syak dan didapati samada sedang atau cuba nak melakukan maksiat (ringan-ringan, raba-rabaan, cumbu-cumbuan, romen, b**w j*b, zina, etc..). Kalau sekadar bersembang atau berbincang samada soal biasa atau soal cinta, takkan tak boleh sembang di cafe? Kenapa mesti sorok-sorok?

Sekali lagi aku ulang... Korang bising-bising ni sebab korang rajin berkhalwat/buat maksiat ke? Tutup je perbincangan ni.. "

Baik bincang isu-isu lain yang lebih berfaedah.. Macam apa aktiviti yang sepatutnya dilaksanakan untuk meningkatkan kesefahaman antara kaum dan agama di Malaysia. Apa yang kaum Cina rasa terhadap Melayu dan India, pandangan kaum India terhadap Melayu dan Cina dan begitu juga sebaliknya antara Melayu terhadap Cina dan India. Biar kita bincangkan perbezaan kita secara jujur dan berhemah semoga dapat kita cari persefahaman.

Selasa, 1 April 2008

Back To Work

Okey.. Pilihanraya Umum Ke 12 dah tamat dan selesai sudah proses penubuhan Kerajan-kerajaan Negeri. Saja je lebai tak update sebab maklumat semasa tu boleh dapat dari berbagai sumber samada akhbar, media atau blog-blog lain yang popular.

So boleh katakan semuanya dah reda sikit dan sekarang masa untuk kembali kepada tujuan asal blog Lebai. Blog ni bukan untuk politik, tapi sekali-sekala tu memang termasuk point-point yang tak boleh tahan-tahan dah. Iyolah.. Lebai pun nak jugo menyuarokan pendapat yo tak?

Lepas ni entry Lebai, macam biasa lah ye.. kisah-kisah bonar hidup Lebai ajelah iyo...