Selasa, 18 Disember 2007

Penilaian Tak Ketahuan (PTK)

12 dan 13, sekali lagi geng-geng planner berkumpul di KL (dan di zon-zon peperiksaan lain). PTK lagi, kali kedua buat tahun ni.. Tahun lepas lebai lulus PTK khusus (tahap 3) Umum (tahap 2 - gagal). Kalau nak naik gaji, kena lulus tahap 4 bagi kedua-dua subjek..

Bulan Jun hari tu, dah amik lagi sekali, tapi tak dapat-dapat keputusan lagi. Ingat maleh nak amik lagi, alih-alih datang surat, slip utk menghadiri PTK kali kedua tahun ni. Kena hadir, tak hadir kang kena 'black list' pulak..

Mana sempat study, takde mood pun, dah tercampak jauh tempat orang ni, masa habis kat tengah jalan aje, berulang-alik rumah ke tempat kerja..

Jawabnye.. lebai masuk dewan exam, isi slip kehadiran, tunggu 30 minit (ikut arahan), lepas tu blah... Ingatkan lebai sorang je.. rupanya ramai yang buat macam tu.. Masing-masing dah pasrah gamaknye... huhuhu..

Malam tu ingatkan nak study.. Bini lebai ajak pegi pesta jualan Selangor Ria pulak.. Tutup buku (memang maleh nak study pun) jom kita pegi...

Sampai sana, banyak le jualan hasil tani Negeri Selangor. Jumpa durian... Belila selonggok RM 10. Anak2 lebai memang hantu durian... Qamar yang 9 bulan tu pun nak makan sama, mana boleh nak oi.. kang sakit perut..
Yang paling popular malam tu, mainan macam kat fun fair la.. Jenuh la melayan anak2 lebai.. Mahal lak tu.. satu token 2 ringgit. 1 mainan 1 ke 2 token.. Lebai pilih yang 1 token aje.. Along sibuk nak naik yang pusing-pusing tonggang tebalik tu, mana boleh nak oi.. budak kecik tak boleh naik.. kang tercampak keluor.. Abah pun gayat nak naik tu.. Naik yang pusing-pusing ajela..


Esoknye.. exam khusus pulak.. sama jugak.. isi slip kehadiran, pas tu keluar.. Bersih aje buku exam.. tak bertulis ape pun.. hai... macamana nak dapat tahap 4..

Kenduri

Dua minggu sudah (7 Disember), lebai balik rumah, ingat hari sabtu tu nak bawak anak-anak pegi piknik kat mana-mana. Bawak diorang jalan-jalan. Tapi apakan daya, 9hb tu ada kenduri pulak kat kawasan rumah lebai. Kena la turun bantu-bantu mana yang patut. Lebai tengah demam tak kebah lagi.. Tolong la sikit-sikit..

Nak memotong daging, tak boleh.. asyik terbatuk-batuk, berkahak pulak tu.. kang geli orang lain nak makan.. Jadi tolong angkat-angkat barang ajela.. Tolong jaga api gorengan.. Time nak batuk tu, kelih ke lain la kejap ye tak..
Umi bebudak tu, sibuk tolong potong-potong bawang.. Along dengan Bilal pun turun sekali.. Takpala.. kira piknik kat bawah rumah le tu.. Sambil Lebai tolong goreng ayam.. diorang pulak tolong rasa ayam tu..

Dah kenyang memasing, sibuk le main kat playground. Main le sampai puas.. last-last petang tu masing-masing terlentok.. letih main...

Khamis, 6 Disember 2007

Lukisan Munshi

Sekarang musim cuti sekolah. Anak lebai masih di tadika. Tahun depan masuk pra sekolah. Agaknya dah boring sangat duduk di rumah aje. Hari-hari ajak umi dia pegi taman permainan kanak-kanak. Umi dia kerja, musim hujan pulak sekarang ni, bila balik petang, tak sempat ke taman atau hari hujan. Terperap la dia kat rumah. Tengok kartun pun dah boring katanya.

Hari-hari Munshi tanya bila abah nak balik. Bilal pun dah pandai tanya. Umi dia yang pening nak jawab. Nampaknya hari-hari la lebai kena telefon rumah. Kesian anak-anak.

Semalam bukak e-mel. Isteri lebai kirim lukisan yang anak sulung lebai buat. Dah dua tiga hari dia minta bawa ke taman permainan, Umi dia tak sempat. Habis dilukis semua merah... Marah ke tanya Umi dia.. Hati budak.. Lagi susah nak jaga berbanding orang dewasa.

Takpe ye.. esok Abah balik, kita pegi piknik kat taman. Kat mana yang best ye..

Isnin, 3 Disember 2007

Jualan Gudang..

Sabtu (1 Disember) lepas, lebai pegi jualan gudang di PJ. Kilang produk Pureen. Macam-macam barangan keluaran Pureen dan Pride N Joy dijual dengan harga rendah. Of course lah harga dia rendah. Jualan terus dari kilang.

Dan sasaran utama lebai, pastilah lampin pakai buang untuk anak lebai. Borong sampai lima peket. Saiz M 84 keping yang kualiti baik punya, biasanya dekat RM 40, kat sini harganya RM 31 aje. Okey la tu, empat lima bulan dah jimat lampin tu..

Baju kanak-kanak pun banyak. Lain-lain produk bayi ada. Bedak, botol susu, mandian bayi dan keluarga, syampu, supplementary dan vitamin pun ada.

Banyak jugak la yang lebai sambar, Habih dua ratus lebih juga.. Tapi berbaloi.. murah sangat daripada di kedai. Ye la zaman inflasi ni... ada yang murah, kat situ le orang serbu.. Sekarang kan zaman Barang Naik... Bila Naik?... Baru Naik.. Berapa Naik?... Baaanyak Naik.... kekekeke...

Punya la ramai orang.. Penuh sesak... Lebai ni parking la jauh kat tempat berbayar, sebab tak mahu ganggu pergerakan kenderaan lain. Orang lain selamba aje parking tepi jalan, block orang lain. Takde pulak MBPJ nak datang saman..

Lagi la sesak jalan. Time nak membayar pun kena beratur dekat sejam ha..

Tu takde iklan-iklan tu, kalau diiklanlah jualan gudang yang diadakan dua kali setahun tu, mesti penuh kawasan PJ. Dah la memang PJ tu sesak bebenor.

Dah sampai masanya untuk pihak MBPJ buat kajian, jalan-jalan tumpuan di sekitar kawasan Petaling Jaya. Terutamanya di kawasan-kawasan Central Bussiness District dan kawasan industri. Jaringan jalan di kawasan berkenaan perlu dikaji semula dan mana yang perlu dijadikan jalan sehala, patut diwujudkan segera. Kesesakan akan membunuh aktiviti sesebuah perbandaran. Kalau jalan jem teruk sangat, maka kilang-kilang yang ada akan berpindah ke kawasan yang lain untuk mengelakkan kerugian masa disebabkan kesesakan jalan.

Sepanjang perjalanan lebai pun, banyak kilang-kilang yang telah ditinggalkan terbiar. Mungkin disebabkan peningkatan kos operasi di kawasan bandar dan juga antara sebab lain ialah kesesakan jalan.

MBPJ perlu berbuat sesuatu agar kawasan industri ini akan terus mampu menampung keperluan aktiviti perindustrian dari segi jaringan jalan dan perlu juga diberi perhatian sisa buangan indusrti yang nampaknya majoriti terus disalirkan ke longkang besar dan longkang ini terus masuk ke parit-parit dan sungai utama. Secara langsung, ianya mencemar dan menyebabkan kerugian yang tak terkira pada alam sekitar. Kalau perlu dirombak, disusun semula, sekaranglah masanya. Sebelum keadaan jadi tak terkawal dan akhirnya Petaling Jaya ditinggalkan begitu sahaja disebabkan ianya tidak dapat menampung kehidupan secara mampan.

Kawan-kawan planner tentu setuju dengan lebai. Jangan tanya kat YDP atau PTD, diorang ni pentadbir, bukan paham sangat bab teknikal. Cakap aje lebih, buat projek tak tanya orang. Macam NCER tu, kalau tak dirujuk betul-betul dari aspek teknikal, jawabnya caca marbalah jadinya nanti. Sedarlah wahai planner sekalian, jangan mengalah pada pembuat dasar. Bukan kita nak lawan mereka, tapi kita kena pandai untuk mempengaruhi mereka. Agar dasar yang dibuat benar-benar bermanfaat.

Mana dia RFN kita? Kenapa tak digunakan sepenuhnya? Mana dia peranan MPFN? Kan ke Pengerusinya dan Timbalan Pengerusinya, PM dan TPM. Dan Sekretariatnya JPBD, orang yang sepatutnya arif tentang perancangan negara dan sepatutnya memberi 'nasihat' dan cadangan yang bernas untuk pembangunan negara.

Jangan marah apabila cadangan orang lain seperti pembangunan WPI, ECER, NCER dan apa-apa lagi ER (emergency room??) yang dikeluarkan. Ini sebab mereka terus cadang ke PM dan TPM. Tapi, JPBD sebagai seretariat MPFN, yang dekat dengan PM dan TPM, kurang menonjolkan peranan perancang dan tak berupaya membawa cadangan-cadangan yang amat-amat diperlukan kerajaan terutama dalam melonjakkan pembangunan secara aktif.

Dalam dunia serba pantas, perancangan juga perlu pantas dan tangkas menyerap segala perubahan. Terutamanya bila suasana pilihanraya dah dekat sangat dan kerajaan perlu sangat kepada sesuatu untuk menarik hati rakyat. Maka siapa yang cadang dulu, yang itulah yang dipakainya. Kita lambat sangat, orang lain rebutlah peluang tu. Tepuk dada, tanyalah diri. Orang lain campurtangan kerja kita atau kita yang lambat bertindak. Jangan tanya KSU, dia PTD, bukan orang teknikal. Walaupun dia pengerusi Jawatankuasa Kerja MPFN.
Bab teknikal dan kepentingan teknikal, kitalah yang kena perjuangkan. Tapi itulah masalahnya, samada tak mahu, tak pandai, takut..? atau memang nak ampu tak taulah.

Marah?? Ye lah.. kita orang kecik.. siapa nak dengar pendapat kita.. Tapi ambil faham ye.. lebai belajar bab teknikal nak jadi planner ni, 5 tahun baru dapat degree. Kalau arkitek, 6 tahun. Yang jadi PTD dan paling pandai beri arahan pada kita tu, cuma belajar 4 tahun aje dapat degree pentadbiran, sekarang ni ada U yang tawarkan 3 setengah tahun aje. Jadi, sapa yang lebih arif, yang betul2 belajar teknikal ni atau yang celup2, 3 tahun ambik admin lepas tu master setahun dua dalam planning. Kalau macam tu.. semua orang boleh jadi planner. kan...