Isnin, 3 Disember 2007

Jualan Gudang..

Sabtu (1 Disember) lepas, lebai pegi jualan gudang di PJ. Kilang produk Pureen. Macam-macam barangan keluaran Pureen dan Pride N Joy dijual dengan harga rendah. Of course lah harga dia rendah. Jualan terus dari kilang.

Dan sasaran utama lebai, pastilah lampin pakai buang untuk anak lebai. Borong sampai lima peket. Saiz M 84 keping yang kualiti baik punya, biasanya dekat RM 40, kat sini harganya RM 31 aje. Okey la tu, empat lima bulan dah jimat lampin tu..

Baju kanak-kanak pun banyak. Lain-lain produk bayi ada. Bedak, botol susu, mandian bayi dan keluarga, syampu, supplementary dan vitamin pun ada.

Banyak jugak la yang lebai sambar, Habih dua ratus lebih juga.. Tapi berbaloi.. murah sangat daripada di kedai. Ye la zaman inflasi ni... ada yang murah, kat situ le orang serbu.. Sekarang kan zaman Barang Naik... Bila Naik?... Baru Naik.. Berapa Naik?... Baaanyak Naik.... kekekeke...

Punya la ramai orang.. Penuh sesak... Lebai ni parking la jauh kat tempat berbayar, sebab tak mahu ganggu pergerakan kenderaan lain. Orang lain selamba aje parking tepi jalan, block orang lain. Takde pulak MBPJ nak datang saman..

Lagi la sesak jalan. Time nak membayar pun kena beratur dekat sejam ha..

Tu takde iklan-iklan tu, kalau diiklanlah jualan gudang yang diadakan dua kali setahun tu, mesti penuh kawasan PJ. Dah la memang PJ tu sesak bebenor.

Dah sampai masanya untuk pihak MBPJ buat kajian, jalan-jalan tumpuan di sekitar kawasan Petaling Jaya. Terutamanya di kawasan-kawasan Central Bussiness District dan kawasan industri. Jaringan jalan di kawasan berkenaan perlu dikaji semula dan mana yang perlu dijadikan jalan sehala, patut diwujudkan segera. Kesesakan akan membunuh aktiviti sesebuah perbandaran. Kalau jalan jem teruk sangat, maka kilang-kilang yang ada akan berpindah ke kawasan yang lain untuk mengelakkan kerugian masa disebabkan kesesakan jalan.

Sepanjang perjalanan lebai pun, banyak kilang-kilang yang telah ditinggalkan terbiar. Mungkin disebabkan peningkatan kos operasi di kawasan bandar dan juga antara sebab lain ialah kesesakan jalan.

MBPJ perlu berbuat sesuatu agar kawasan industri ini akan terus mampu menampung keperluan aktiviti perindustrian dari segi jaringan jalan dan perlu juga diberi perhatian sisa buangan indusrti yang nampaknya majoriti terus disalirkan ke longkang besar dan longkang ini terus masuk ke parit-parit dan sungai utama. Secara langsung, ianya mencemar dan menyebabkan kerugian yang tak terkira pada alam sekitar. Kalau perlu dirombak, disusun semula, sekaranglah masanya. Sebelum keadaan jadi tak terkawal dan akhirnya Petaling Jaya ditinggalkan begitu sahaja disebabkan ianya tidak dapat menampung kehidupan secara mampan.

Kawan-kawan planner tentu setuju dengan lebai. Jangan tanya kat YDP atau PTD, diorang ni pentadbir, bukan paham sangat bab teknikal. Cakap aje lebih, buat projek tak tanya orang. Macam NCER tu, kalau tak dirujuk betul-betul dari aspek teknikal, jawabnya caca marbalah jadinya nanti. Sedarlah wahai planner sekalian, jangan mengalah pada pembuat dasar. Bukan kita nak lawan mereka, tapi kita kena pandai untuk mempengaruhi mereka. Agar dasar yang dibuat benar-benar bermanfaat.

Mana dia RFN kita? Kenapa tak digunakan sepenuhnya? Mana dia peranan MPFN? Kan ke Pengerusinya dan Timbalan Pengerusinya, PM dan TPM. Dan Sekretariatnya JPBD, orang yang sepatutnya arif tentang perancangan negara dan sepatutnya memberi 'nasihat' dan cadangan yang bernas untuk pembangunan negara.

Jangan marah apabila cadangan orang lain seperti pembangunan WPI, ECER, NCER dan apa-apa lagi ER (emergency room??) yang dikeluarkan. Ini sebab mereka terus cadang ke PM dan TPM. Tapi, JPBD sebagai seretariat MPFN, yang dekat dengan PM dan TPM, kurang menonjolkan peranan perancang dan tak berupaya membawa cadangan-cadangan yang amat-amat diperlukan kerajaan terutama dalam melonjakkan pembangunan secara aktif.

Dalam dunia serba pantas, perancangan juga perlu pantas dan tangkas menyerap segala perubahan. Terutamanya bila suasana pilihanraya dah dekat sangat dan kerajaan perlu sangat kepada sesuatu untuk menarik hati rakyat. Maka siapa yang cadang dulu, yang itulah yang dipakainya. Kita lambat sangat, orang lain rebutlah peluang tu. Tepuk dada, tanyalah diri. Orang lain campurtangan kerja kita atau kita yang lambat bertindak. Jangan tanya KSU, dia PTD, bukan orang teknikal. Walaupun dia pengerusi Jawatankuasa Kerja MPFN.
Bab teknikal dan kepentingan teknikal, kitalah yang kena perjuangkan. Tapi itulah masalahnya, samada tak mahu, tak pandai, takut..? atau memang nak ampu tak taulah.

Marah?? Ye lah.. kita orang kecik.. siapa nak dengar pendapat kita.. Tapi ambil faham ye.. lebai belajar bab teknikal nak jadi planner ni, 5 tahun baru dapat degree. Kalau arkitek, 6 tahun. Yang jadi PTD dan paling pandai beri arahan pada kita tu, cuma belajar 4 tahun aje dapat degree pentadbiran, sekarang ni ada U yang tawarkan 3 setengah tahun aje. Jadi, sapa yang lebih arif, yang betul2 belajar teknikal ni atau yang celup2, 3 tahun ambik admin lepas tu master setahun dua dalam planning. Kalau macam tu.. semua orang boleh jadi planner. kan...

Tiada ulasan: