Khamis, 21 Januari 2010

Jawab Balas Kepada Catatan PAS Lenggong

Hari ni lebai baru baca emel dari adik lebai, isunya tentang tulisan Harakah berkenaan Almarhum datuk lebai. Isu ini turut diulas dalam laman blog Pas Lenggong yang nampaknya tanpa soal selidik, terus mengeluarkan pendapat yang naif berkenaan perkara pokok. Maka suka disini Lebai petik tulisan Pas Lenggong dan penjelasan Lebai di bawah. diharap pihak-pihak yang kurang faham berkenaan isu ini, bertanyalah dahulu, berbincanglah secara berhemah, secara baik sangka. Kenapa terus menyeringai umpama singa dicuit ekor? Tertarik lebai baca tagline PAS Lenggong, "Menerang Bukan Menyerang". Itulah yang sepatutnya diamalkan tetapi kenapa penulisan (blog berkenaan) dalam blognya tidak mengambil pendekatan ini?

Petikan blog PAS Lenggong

Ustaz Mat Saman Kati

Membaca jawapan dari sahabat yang menulis mengenai tokoh ini bila memberi penjelasan terhadap tulisan cucunya. Diakui kebenarannya bila isu ini dibincangkan bersama seorang sahabat. Perlu diketahui bahawa Tuan Guru ini amat dikenali dengan Tasaufnya. kerana itu barangkali cucunya terdidik atas ketasauffanya yang memanggilnya untuk menuliskanya sehingga sahabat kita dalam harakah.

Seorang sahabat memberitahu kemunculan atau mula muncul Tuan Guru ini berlaku dalam satu majlis di lenggong. Selepas pembacaan berzanji beliau dijemput untuk berbicara, dalam bicara sulungnya itu orang ramai dah dapat melihat kehebatan keilmuannya. lantas bermula dari itu jemputan demi jemputan keatasnya sehinggalah beliau menjadi begitu tersohor. Sikap itu terdidik dari pegangan tasaufnya. Barangkali pelajaran itu diamalkan oleh anak dan kini cucunya itu yang barangkali tidak sempat mempelajari dari datoknya secara direct. Kata raihan dalam nasyid iman itu tidak diwarisi barangkali ilmu juga tidak diwarisi. Cucu almarhum barangkali mempelajari salasialah keguruan datoknya itu. Cuma yang memuskilkan pembaca lain ialah kerana wadah yang di dokonginya iaitu akhbar sinar harian adalah media yang mempunyai agenda yeng tersembunyi terutama kepada parti politik yang menjadi pembangkan kepada kerajaan persekutuan. Banyak laporan dari akhbar ini menyebabkan ahli dan penyokong PR resah. Yang terbaru ialah melaporkan fitnah terhadap YB ADUN Lubuk Merbau dengan isu Chen Peng sehingga Bekas Perajurit Menghantar memo kepada YB tersebut..

Posted by PAS LENGGONG at 11:51


Jawapan Lebai yang beri dalam ruangan comment:

Assalamualikum, mohon penulis ambil maklum dan baca kembali surat yang dikirim oleh adik saya (cucu almarhum) kepada Sinar Harian. Kami tidak menyangkal bahawa datuk kami antara pejuang dan penyokong wadah PAS sehingga saat pemergiannya. Hinggakan dia tanpa gentar ketika berceramah di Jabatan2 Kerajaan secara langsung mengajak orang ramai menyokong PAS bagi menegakkan Islam di Malaysia. Seingat saya beliau pernah menyatakan pentingnya umat Islam menyokong PAS dalam satu ceramah keagamaan di UTM dalam tahun 1980 an di hadapan pentadbiran dan pengurusan UTM itu sendiri, ketika itu ayah saya bertugas di sana, malahan ayah saya ditegur melalui surat pentadbiran kerana ceramah berkenaan membawa isu politik dalam majlis rasmi kerajaan.

Apa yang minta dibetulkan adalah isu keturunan (yang bukannya isu besar pun) dan secara rendah diri kami nyatakan bahawa datuk kami bukanlah pengasas PAS di Perak kerana kami tak mahu menenggelamkan jasa orang lain yang berusaha keras menubuhkan PAS lama sebelum Almarhum bergiat aktif dalam PAS.

Cumanya perkara ini telah dibangkitkan ke pihak pengarang Harakah terlebih dahulu namun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Harakah. Akibatnya adik saya bertindak memanjangkan surat asal (ke Harakah) kepada pihak Sinar Harian agar ada pihak dapat menegur sidang pengarang Harakah dan ianya akan lebih menarik perhatian mereka berbanding panggilan telefon bertalu2 yang diabaikan dari 'orang kampung' seperti kami. Cuma bila diterbitkan oleh Sinar Harian, isu yang diperbesarkan jadinya "Cucu Nafi Datuk Pengasas PAS". Walaupun isi nak dibangkitkan lain tapi telah digunakan sepenuhnya untuk diputar oleh SH bagi meremehkan Harakah (Saya akui ini adalah satu kesilapan bilamana kita mengadu hal kelemahan Harakah kepada orang lain, namun apakan daya, Harakah tak layan keluhan kami).

Yang menyedihkan apabila Harakah mengeluarkan artikel balas yang seterusnya menghentam Almarhum datuk. Nampak sangat penulis tidak mengkaji sebenarnya latar belakang almarhum dan hanya sekadar mendengar kata orang lain. dikatakan almarhum datuk tidak konsisten, sekejap UMNO sekejap PAS.

Untuk makluman, almarhum datuk telah terlibat dalam UMNO untuk memperjuangkan kemerdekaan kerana pada masa itu PAS belum ada. Tiada wadah lain yang dilihat lebih sesuai pada ketika itu. Bahkan almarhum telah bertanya secara peribadi pada Almarhum Dr Burhanuddin yang ditahan ISA oleh British ketika itu dan beliau membenarkan (untuk bersama UMNO).

Ketika PAS ditubuhkan, almarhum datuk terus menyertai PAS dan pernah menjadi calon PAS di Kerian, Perak. Almarhum dituduh kembali pada UMNO apabila beliau dilantik menjadi ahli majlis Fatwa Negeri Perak, selalu dirujuk oleh Kerajaan Negeri (selaku penasihat agama Sultan ketika itu) dan sering keluar dalam program agama di RTM. Walhal beliau masih menyokong PAS cuma tidak seaktif sebelumnya disebabkan penumpuan lebih sebagai pendakwah. Bagi mengelakkan PAS di Perak berpecah-pecah atas sebab tuduh-menuduh ini, maka beliau mengambil sikap berdiam diri dan menumpukan kepada berdakwah sepenuhnya. Hasilnya beliau senang diterima oleh orang ramai kerana tidak kelihatan berpolitik samada oleh orang UMNO atau PAS. Ini sekaligus memudahkan usaha dakwah beliau tambahan pula ketika itu isu 'kafir-mengkafir' sangat hangat di persada politik negara.

Namun sekali lagi saya tegaskan, beliau sangat2 menyokong PAS hingga ke akhir hayatnya. Bahkan ramai antara muridnya yang aktif dalam PAS dan salah satunya yang sangat dikenali di Perak adalah Almarhum Tuan Guru Hj. Sabran Asmawi, mantan Pesuruhjaya PAS Perak, ADUN Semanggol tahun 1999 - 2004.

Sekian serba sedikit huraian saya agar penyokong-penyokong PAS atau pengikut2 Almarhum tidak terus tertanya-tanya dan berbalah-balah atas isu ini.

Wallahualam...


Tiada ulasan: