Khamis, 31 Januari 2008

Al-Fatihah; Hilangnya Sebutir Mutiara

Assalamualaikum w.b.t.
Dari Allah kita didatangkan dan kepadaNya jua tempat kita kembali. Alfatihah.

Almarhum Dato' Ishak Baharom, meninggal dunia semalam (30 Januari 2008) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi 29 Januari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh apabila keadaannya semakin kritikal.

Pemergian Almarhum Dato' Ishak Baharom, amat memberi kesan dalam diari Januari 2008 ini. Dalam suasana masyarakat makin kucar-kacir, akhlak tertolak ketepi, agama disimpan dalam laci, ulama dihamun dan dicaci.


Almarhum merupakan seorang mufti yang lantang dan berani menegur kesilapan pemerintah. Hingga akhirnya beliau dipecat dari jawatan Mufti pada tahun 1997 gara-gara mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Lihat warta mufti Selangor bertarikh 11 Mei 1995:

http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/
FatwaWartaKerajaanSelangor7%201991-1997.htm

Ini yang membangkitkan amarah memanda menteri ketika itu hingga mengeluarkan kenyataan yang meletakkan taraf ulama sebegitu rendah dan pandangannya itu diterima oleh segolongan besar rakyat yang begitu setia kepadanya sebagai perdana menteri ketika itu.

Nak tanya Mahathir yang mudah lupa, dia ingat tak ini semua?

“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama’ jugak, Mustapha Ali ulamak.” Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.” (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

“Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya, tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tak boleh tegur. Ini pegawai yang dibayar gaji oleh kerajaan yang dengan mudah menuduh orang itu murtad dan orang ini murtad” (Mahathir Mohamad, 1997, mengulas kenyataan Dato’ Ishak Baharom yang menyatakan mereka yang tidak setuju dengan fatwa larangan pembabitan gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh menjadi murtad)

(petikan dari Kecek-kecek Tok Mudin 3.0 - mudin001.com)

Sebagaimana kita tahu, pertandingan ratu cantik adalah helah yahudi dan nasara untuk mengumpan wanita bagi mendedahkan perhiasan tubuh mereka. Apa yang dicari pada cantik wanita hanyalah susuk tubuh yang terdedah dan menggiurkan. Mana suara wanita yang memperjuangkan hak dan penghormatan wanita. Dalam masyarakat zaman sekarang yang kononnya memperjuangkan kehormatan wanita, nampaknya semakin wanita dipergunakan sebagai simbol seks dan tarikan. Sehabis-habisnya wanita dilobi, dilondeh, dilayor dimata umum.

Dalam zaman Islam Hadhari, agama yang dianuti dan diasaskan oleh "you know who", lagi berleluasa eksploitasi ke atas wanita. Lihat saja program "Miss Tourism Metropolitan" atau pertandingan ratu cantik pelancongan yang disiarkan oleh RTM 2 pada malam 29 januari lepas. Macam
celaka aje program dia.. Diulangi sekali lagi.. celaka punya program...

Marah? tak boleh sebut celaka??? Baca ayat lazim.. Surah Al Massad ayat 1

تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ

Maksudnya yang ese jumpa "Binasalah (celakalah) kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah (celakalah) dia bersama"..

Berbalik kepada kisah Almarhum Dato' Ishak Baharom tadi. Pada yang tak kenal, biarlah kita mengenalinya serba sedikit, jika seumur hidup arwah sebelum ini, tuan-tuan tak kenal siapa beliau,
sekurang-kurangnya tuan-tuan dapat tahu serba sedikit sekarang, dan dapat sama-sama mendoakan ke atas rohnya, mudah-mudahan bila diakhirat kelak, sekurang-kurangnya bila kita terdesak semasa timbangan pahala tak cukup.. boleh juga minta tolong pada nabi, pada sahabat nabi atau ulama-ulama. Dan sebab apa mereka nak tolong kita? Maka sekarang (masa kita hidup) ni la nak buat baik dengan mereka, mendoakan mereka, kenali mereka. Barulah senang nak minta tolong di akhirat esok. Bukan hanya tahu rapat dengan orang yang berkuasa semasa hidup ni sebab nak minta tolong dapat projek, dapat biasiswa dan sebagainya. Tak keluar duit pun... untuk kenal dan merapatkan diri dengan nabi dan ulama.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai Almarhum yang ese potik dari harakahdaily:

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.

Al-Fatihah...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ana suka yang bahagian Mahathir mudah lupa tu.Memang dia dah lupa pun apa yang dia cakap pada arwah mufti Dato' Ishak Baharum ni.Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah mufti.