Khamis, 28 Februari 2008

Calon Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan

Saudara Norman bin Haji Ipin, berusia 36 tahun, berasal dari keluarga peneroka Felda Lui Barat. Telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahayamata. Beliau merupakan seorang profesional lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan turut memiliki Ijazah Perubatan Islam Darul Syifa'.

Bekas Pegawai Penyelidik Universiti Sains Malaysia ini kini merupakan Pengurus Insan Jati Plantation And Farm dan juga menjadi Pengurus Pusat Rawatan Insan. Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang pengurusan apabila pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Felda Lui Barat dan bekas Timbalan Pengerusi Penaja Persatuan Usahawan Teknikal MARA. Beliau juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat Jelebu secara langsung khususnya di Sungai Lui sebagai ahli Belia Felda Lui Barat dan juga ahli Unit Amal Malaysia.

Beliau pernah dicalonkan dalam pilihanraya umum
1999 & 2004 bagi Dun Sungai Lui, selain aktif dalam kegiatan Parti sebagai AJK PAS Kawasan Jelebu, Setiausaha MTD Sungai Lui dan Timbalan Ketua Cawangan.

P.126, Parlimen Jelebu merangkumi DUN N.1 Chennah, N.2 Pertang, N.3 Sungai Lui dan N.4 Klawang dalam Daerah Jelebu. Calon BN yang juga penyandang sebelum ini bagi parlimen Jelebu adalah Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim yang merupakan bekas calon Semangat 46 (membakar jambatan dengan UMNO bersama Tengku Razaleigh kemudiannya kembali menyertai UMNO setelah Semangat 46 tidak diterima umum) dan kini Menteri Warisan (Kekkwa).

Jumlah pengundi berdaftar adalah seramai 38,682 orang dengan pecahan
Melayu: 64.24% Cina: 28.7% India:6.6% Lain-lain: 0.44 %. Majoriti BN dalam pilihanraya umum 2004 ialah 14,780 undi.

Tiada ulasan: