Isnin, 14 April 2008

Bagaimana Mengurangkan Tol..

Sekarang ni, heboh isu BABI di Selangor.. Kecoh satu Malaysia.. Lebai malas nak layan.. itu kecik punya hal.. banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian untuk kepentingan orang ramai.

Hal babi tu.. rujuklah kat blog-blog lain.. banyak orang dah ulas.. Bagi Lebai.. mana yang baik lebai sokong aje.. Kalau nak sampai jadi pengeksport terbesar di dunia pun apa salahnya? Duit tu boleh guna untuk bantu rakyat bukan Islam di Malaysia ni.. Ramai rakyat yang susah.. Kalau yang Islam kita boleh guna duit Baitulmal, peruntukan kebajikan.. Kalau bukan Islam, boleh kita manfaatkan duit babi tuh.. Takde masalah...

Tapi cukup takat tu.. Sekarang Lebai nak bicara soal tol.

Sifir tol ni mudah aje.. Kalau tinggi tol, maka kos pengangkutan / perjalanan juga tinggi.
Samada untuk perjalanan persendirian atau pengangkutan barangan. Kalau tol rendah, maka kos pengangkutan juga turun le sikit. Jika kosnya turun, maka harga barangan bolehlah diturunkan sikit. Yang paling terkesan pastinya di kawasan Lembah Klang. Mana taknye.. sikit-sikit tol, keluar aje sikit.. TOL....

Adapun kuasa untuk menurunkan harga Tol ini terletak pada tangan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan-Kerajaan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, tak dapat mengarahkan pihak pengusaha lebuhraya untuk menurunkan harga Tol. Tapi dengan kajian terperinci terutama berkaitan undang-undang hal Tanah, Kerajaan PR boleh "PAKSA" pengusaha ini untuk menurunkan harga tol di negeri-negeri yang PR kuasai.

Perlembagaan Malaysia secara jelas telah menggariskan bahawa hal tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan hanya boleh menasihati sahaja. Untuk menasihat inilah maka banyak undang-undang diwujudkan bagi memastikan tadbir urus tanah dijalankan dengan teratur dan tidak terlalu bercanggah antara negeri. Antara undang-undang yang ada seperti untuk kawalan persekitaran, perhutanan, pembangunan tanah dan perancangan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah bertujuan mengawalselia aktiviti pembangunan tanah di mana terkandung dalam Perlembagaan bahawa Perancangan Bandar dan Desa sebagai perkara bersama antara Persekutuan dan Negeri.

Akta yang jelas berkenaan tanah adalah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Pengambilan Balik Tanah dan untuk pengurusan terdapat pula Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mentadbir urus kawasan tertentu.

Jelas berdasarkan perundangan di Malaysia bahawa hal ehwal tanah adalah dibawah hak milik penuh Kerajaan Negeri. Walaupun sesuatu tanah telah diwartakan sebagai rezab misalnya hutan simpan yang kemudiannya terletak bawah seliaan Jabatan Perhutanan (di bawah Persekutuan), namun Kerajaan Negeri masih boleh membatalkan rezab berkenaan dan digantikan dengan tempat lain (jika perlu).

Berdasarkan perundangan di atas, Kerajaan-kerajaan Negeri PR, boleh mengkaji secara teliti, terutamanya Akta Pengambilan Balik Tanah untuk "memaksa" pengusaha lebuhraya untuk menurunkan harga tol di atas lebuhraya yang melalui tanah-tanah di dalam negeri mereka.

Walau pun tanah berkenaan telah diberi milik kepada pengusaha, Kerajaan Negeri boleh mengambil balik tanah berkenaan untuk kepentingan umum. Justeru pilihannya seperti berikut:

1. Pengusaha menurunkan harga tol (bagi jalan-jalan yang melalui negeri berkenaan) dan dibenarkan beroperasi seperti biasa;
2. Kerajaan Negeri mengambil balik tanah berkenaan dan menggantikannya dengan tanah lain (tak kisah lah tengah hutan ke paya ke, pulau ke.. janji sama nilai) dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri;
3. Menaikkan kadar cukai / permit tahunan (sekiranya pengusaha enggan menurunkan kadar tol) dan duit cukai berkenaan boleh digunakan untuk mewujudkan jalan-jalan alternatif kepada pengguna; (tak perlu risau kenaikan tol sebab ianya dibawah bidang kerajaan Pusat - dia lah yang menjawab), atau..
4. Gunakan peruntukan negeri samada duit negeri atau secara JV dengan mana-mana pihak yang sanggup untuk menaiktaraf jalan-jalan di bawah senggaraan negeri untuk dijadikan jalan alternatif kepada pengguna.

Walau apa pun, Kerajaan Negeri PR perlu kaji dari pelbagai sudut dan simpulkan pelbagai pilihan untuk diambil. Yang tu, tuan-tuan (Kerajaan PR) usahakanlah dengan segera...

1 ulasan:

jagoan berkata...

Satahu saya, konsesi tol dah abis. Kenapa tak rebiu perjanjian tu lagi ye. Alahai!